Saturday, September 17
JEBAT MENGGEGAR LAGI
Thursday, September 8
Friday, August 12
PEMBAZIRAN DALAM BULAN RAMADHAN

Larangan mengenai pembaziran telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 26 dan 27:
“Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya”.
Jenis pembaziran yang menjadi amalan umat Islam ialah:
- MAKANAN BERBUKA. Penyediaan juadah berbuka atau pembelian juadah yang melampau dan melebihi keperluan sesaorang ialah jenis pembaziran ketara dalam masyarakat kita. Mereka membeli dan belanja ikut nafsu, bila lebih makanan itu akan di buang.
- MAKANAN BERLEBIHAN SEMASA BERSEDEKAH ATAU KENDURI DI MASJID : Niat buat kenduri atau sedekah itu amat baik, tetapi apabila makanan yang di sedekah itu terlalu banyak, maka jemaah yang datang tak mampu makan, malah setengah makanan itu terbuang dan ia amat membazir. Perkara yang sedih ialah pembaziran dilakukan di rumah Allah. Setengah makanan itu rosak dan basi. Ini juga mendukacita dan tidak tercapat matlamat puasa dan sedekah di bulan Ramadhan ini.
- MEMBAZIR MEMBELI PERSIAPAN RAYA: Ramai yang menukar peralatan rumah, pakaian, perabot dan sebagainya kerana alasan kita nak raya. Tapi ramai yang tak sedar setengahnya boleh menjurus kepada pembaziran, jika kita belanja mengikut nafsu dan berlebihan. Setengah dari kita ada perasaan menunjuk-nunjuk dengan jiran, ini yang parah.
- MEMBAZIR BELANJA MEMBELI MERCUN DAN BUNGA API : Ini adalah amalan yang perlu di elakkan. Latih anak kita supaya jauh dari permainan ini, kerana ia membazir wang, membahaya dan salah di sisi undang-undang
- MEMBAZIR MASA : Membazir masa yang tak sedar. Tetapi ramai yang buang masa dengan borak kosong, lepak dan buat aktiviti tak faedah. Ini bulan yang perlu diisi dengan amalan baik, kebajikan dan ibadat.
- BUKA DI TEMPAT MEWAH ? : Adakah ini keperluan atau kehendak, saya tak mahu ulas, nanti orang kaya marah, tapi kita boleh fikir sendiri, kadang makanan di hotel sama dengan di pasar ramadhan, cuma di hotel lebih selesa, itulah bezanya!. Namun harga di hotel kadang 10x ganda? membazir atau tidak.
Seseorang itu perlu untuk berbelanja sekadar diukur dengan kemampuan sebenar sahaja walaupun kemampuannya untuk berbelanja melebihi keperluan sebenar. Sebaik-baiknya ialah berbelanja secara sederhana sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Furqan ayat 67 yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) Perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil ) itu”.
Tuesday, August 2
BISIKAN RAMADHAN
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Thursday, July 21
TAHNIAH P KDT HANIF

-GEGAR GEMPITA-
Thursday, July 14
KEPUTUSAN PERTANDINGAN SUKAN
PASUKAN BOLA BALING BATALION JEBAT TELAH BERJAYA MENAMATKAN PERTANDINGAN DENGAN MENDAPAT TEMPAT PERTAMA MENEWASKAN PASUKAN BOLA BALING BATALION TUAH. SETERUSNYA, PASUKAN SKUASH BATALION JEBAT BERJAYA MENEWASKAN PASUKAN SKUASH BATALION TUAH DALAM PERLAWANAN TERAKHIR. NAMUN, MEREKA SEKADAR MENDUDUKI TEMPAT KE-3 KERANA PERBEZAAN MATA DENGAN PASUKAN SKUASH BATALION LEKIR.
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLA BALING DAN SKUASH BATALION JEBAT ATAS KEJAYAAN MENGHARUMKAN NAMA BATALION JEBAT SELAKU BATALION DIRAJA. SETERUSNYA SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA SEMUA WARGA BATALION JEBAT YANG SENTIASA MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA WAKIL-WAKIL BATALION JEBAT DALAM PERTANDINGAN INI. SEMOGA BATALION JEBAT AKAN TERUS BERJAYA PADA MASA AKAN DATANG DAN MENGEKALKAN GELARAN BATALION DIRAJA
-GEGAR GEMPITA-
Saturday, July 9
REJIMENTAL BREAK
PADA HARI INI PIHAK AKADEMIK LATIHAN KETENTERAAN (ALK) UPNM TELAH MENGANJURKAN REJIMENTAL BREAK BERIKUTAN PERINTAH BERKURUNG YANG TELAH DIKELUARKAN UNTUK SEMUA PEGAWAI KADET.
SEAWAL JAM 6.30 PAGI SEMUA PEGAWAI KADET TELAH BERKUMPUL DI PADANG BAGI MENYERTAI AKTIVITI LARIAN BERSAMA PENGARAH ALK. ACARA DIMULAKAN DENGAN SESI PEMANASAN BADAN BAGI MEMASTIKAN SEMUA PEGAWAI KADET BERSEDIA UNTUK LARIAN. KEMUDIAN, PEGAWAI KADET TELAH DILEPASKAN MENGIKUT BATALION MASING-MASING DIMULAKAN DENGAN BATALION TUAH DAN DIIKUTI OLEH BATALION LAIN. LALUAN LARIAN INI ADALAH MENGIKUT LALUAN MERENTAS DESA YANG AMAT MENCABAR DAYA KETAHANAN FIZIKAL DAN MENTAL PEGAWAI KADET.
KESEMUA PEGAWAI KADET TELAH MENUNJUKKAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI DAN BERJAYA MENGHABISKAN LARIAN DENGAN SELAMAT.
SETELAH TAMAT LARIAN, PEGAWAI KADET PENGAMBILAN 2010 BATALION JEBAT TELAH MEMBUAT PERSEMBAHAN 'WAR DANCE' DI HADAPAN PENGARAH ALK DAN MENDAPAT SORAKAN DARIPADA SEMUA PEGAWAI KADET.
SETELAH SELESAI ACARA LARIAN TERSEBUT, PEGAWAI KADET DAN JURULATIH BERGERAK KE WISMA PEGAWAI KADET UNTUK MENJAMU SELERA BERSAMA PENGARAH ALK.
PADA JAM 2.00 PETANG PULA TELAH DIADAKAN TAYANGAN PERDANA BAGI SEMUA PEGAWAI KADET. CERITA YANG DITAYANGKAN IALAH "ZULU". KISAH YANG MEMAPARKAN PEPERANGAN ANTARA TENTERA BRITISH DAN PUAK ORANG ASLI AFRIKA. SEMUA PEGAWAI KADET MENDAPAT BANYAK PENGAJARAN DARIPADA KISAH INI.


Friday, July 8
PERTANDINGAN SUKAN INTER-BATALION
SETAKAT INI, PASUKAN BOLA BALING BATALION JEBAT TELAH LAYAK KE PERINGKAT AKHIR DAN AKAN MENENTANG PASUKAN BOLA BALING BATALION TUAH. MANAKALA REGU SEPAK TAKRAW BATALION JEBAT TELAH KECUNDANG DAN GAGAL KE PERINGKAT AKHIR. NAMUN BEGITU, BAGI ACARA SKUASH, PASUKAN SKUASH BATALION JEBAT MASIH MEMPUNYAI BAKI 1 PERLAWANAN MENENTANG PASUKAN SKUASH BATALION TUAH YANG AKAN MENENTUKAN SAMADA MEREKA LAYAK KE PERINGKAT AKHIR ATAU HANYA BERAKHIR SAMPAI DI SINI.
DENGAN BAKI BEBERAPA HARI LAGI, DIHARAPKAN PASUKAN BOLA BALING DAN SKUASH AKAN BERJAYA MEMBAWA KEMENANGAN UNTUK BATALION JEBAT DAN MENGEKALKAN GELARAN BATALION DIRAJA
-GEGAR GEMPITA-
Wednesday, April 20
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Thursday, April 7
PERTANDINGAN DOTA & Counter Strike Tertutup UPNM

PENYERTAAN TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR UPNM.
BAYARAN YURAN SEBANYAK RM 15.
TUNAI RM300 MENANTI SEBAGAI HADIAH UTAMA KEPADA YANG BERJAYA!
MARI BERSAMA-SAMA MERAMAIKAN MAJLIS.

PERBARISAN PERPISAHAN KOMANDAN
TAEKWONDO (SMD) INTER-BATALION
Pertandingan Bola Sepak Inter-Batalion
Friendly Bola Bersama Batalion Kasturi
Selamat Tinggal Staf Lyana
Wednesday, March 23
Fakta Rubella
Apakah sebenarnaya Rubella ini?
Rubella atau lebih dikenali sebagai German Measles (ia tak sama dengan measles) merupakan jangkitan virus (togavirus). Ia merebak dengan cara titisan udara dari hidung dan tekak mereka yang mempunyai rubella ataupun, melalui darah kepada anak di dalam kandungan daripada ibu yang dijangkiti dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.


Saturday, March 19
SUMBANGAN JEBAT

Friday, February 11
Tips Senaman
individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testoren.
2. Bersenam di gimnasium memang alternatif terbaik, tetapi perlu ada jurulatih untuk mengajar menggunakan peralatan dengan betul.
3. Mengamalkan senaman di luar juga adalah baik kerana lebih mudah dan lebih murah.
4. Senaman lembut seperti yoga dan tai chi dan chi gong sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman.
5. Senaman juga akan meningkatkan kemahiran atau keupayaan dalaman
terutama dari segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindakbalas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik.
6. Untuk mendapatkan kekuatan, daya ketahanan dan keanjalan otot, pelajari teknik senaman betul supaya tidak berlaku kecederaan.
7. Individu perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit tiga kali seminggu, terutama mereka yang mempunyai paras lemak tinggi iaitu melebihi 25 peratus (lelaki) dan 35 peratus bagi wanita.
8. Untuk keselamatan, aktiviti bersenam perlu dihentikan serta merta jika anda berasa sesak nafas, mengalami kaki kejang, terlalu letih, pening atau cuaca atau persekitaran tidak mengizinkan.
Wednesday, January 19
Jebat Menggegar Malaysia!!

War Dance Batalion Jebat kini semakin digeruni. Sekarang ini War Dance Batalion Jebat bukan sahaja digeruni oleh warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) malah telah tersebar ke seluruh Malaysia.
Pada 10 Januari 2011 yang lalu pasukan War Dance Batalion Jebat telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan war dance dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) secara langsung. Pasukan War Dance Batalion Jebat telah membuat persembahan dengan penuh bersemangat sehingga membuat pengarah rancangan tersebut tidak senang duduk dan memberi impak kepada penonton.
Keesokan harinya,sekali lagi pasukan War Dance Batalion Jebat meneruskan peperangan.Kali ini mereka membuat persembahan dalam rancangan Hello On 2 (HOT) juga secara langsung.Mereka membuktikan kehebatan mereka sekali lagi sehingga mendapat pujian daripada pengarah rancangan tersebut.
Semoga Batalion Jebat terus digeruni.
GEGAR GEMPITA!
Monday, January 17
Perbarisan Terakhir
Setibanya mantan Ketua Batalion
Dalam perbarisan tersebut beliau sempat menyampaikan ucapan dan amant beliau kepada semua anggota Batalion Jebat. Beliau juga turut menyatakan pujian terhadap prestasi pegawai kadet Batalion Jebat yang memuaskan selama beliau memegang amanat sebagai Ketua Batalion Jebat.
Selepas ucapan daripada mantan Ketua Batalion Jebat pegawai kadet 2008 dan 2009 Batalion Jebat telah membuat persembahan 'war dance'.
Perbarisan tersebut berakhir pada jam 1800 petang dengan bacaan doa daripada