Monday, June 22

Logo Batalion & Logo-logo Kompeni




TEKPI
Merupakan simbolik variasi kemahiran yang dimiliki oleh batalion jebat. Selari dengan senjata yang memerlukan pelbagai jenis disiplin dan kebijaksanaan untuk mengendalikannya. Senjata ini melambangkan batalion jebat mempunyai kelebihan dalam pelbagai aspek meliputi aspek tempur, sukan, sahsiah dan kepimpinan. Selain itu, kegunaan tekpi yang mampu menangkis pelbagai jenis senjata melambangkan batalion jebat tidak gentar untuk menyahut segala cabaran yang dihadapi.

PERISAI
Perisai merupakan alat yang digunakan untuk melindungi diri semasa peperangan pada suatu masa dahulu. Justeru, perisai ini melambangkan kekuatan imuniti dan fizikal batalion jebat ke atas semua dugaan yang ditempuhi dengan berani dan bangga sebagai seorang perwira.

SAYAP KELAWAR
Kelawar merupakan haiwan yang selalu dikaitkan dengan kuasa jahat dan dipandang serong oleh masyarakat melayu. Namun begitu, disebalik gelaran itu, kelawar digambarkan sebagai seekor haiwan yang merendah diri kerana hanya keluar pada sebilangan masa dan bertindak apabila diganggu.

Sifat ini yang disemai di dalam hati dan naluri para perwira dan srikandi batalion jebat supaya tidak sesekali sombong dengan kelebihan yang ada pada diri dan sentiasa merendah diri dalam apa jua keadaan. Tetapi, apabila bertempur, batalion jebat akan menunjukkan komitmen dan akan berjuang habis-habisan hingga ke titisan darah terakhir.

HURUF JIM (JAWI)
Penggunaan huruf ‘jim’ melambangkan kerjasama dan perpaduan dalam batalion jebat yang berteraskan agama islam selaku agama rasmi negara yang mementingkan toleransi dan keadilan kepada semua manusia

MOTO
Moto yang digunakan adalah “Gegar Gempita”. “Gegar Gempita” bermaksud aura kekuatan yang menyelubungi setiap perwira batalion jebat yang akan mencetuskan suasana gerun dan rasa hormat pihak lawan apabila berdepan dengan mereka.

WARNA BIRU
Warna simbolik batalion jebat yang juga melambangkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga batalion jebat.

LOGO-LOGO KOMPENI BATALION JEBAT

KOMPENI A, ADUKA

KOMPENI B, BENTARA

KOMPENI C, CENDANA
KOMPENI D, DEWATA