Saturday, October 30

Latihan Intensif BMI

Sepanjang minggu ini iaitu daripada 25 hingga 29 Oktober 2010, Batalion jebat
telah mengadakan program latihan kecergasan BMI (Body Mass Index) yang khas untuk pegawai
kadet battalion jebat yang mempunyai BMI melebihi 23.0. Program ini direka khas untuk pegawai
kadet yang berkaitan supaya kesemua pegawai kadet battalion jebat dapat memenuhi salah satu
syarat untuk ditauliahkan.

Pada 25 dan 26 Oktober yang lepas, program ini telah dimulakan dengan larian 7.5km.
Sebelum memulakan larian, pegawai kadet telah membuat senaman PT dibawah pimpinan jurulatih
battalion jebat supaya keselamatan pegawai kadet terjaga. Selapas daripada semanan yang
dikatakan pemanasan badan, larian dimulakan. Larian ini mengambil masa 45 minit dan larian ini
tamat dengan sempurna. Sepanjang larian ini, kesemua pegawai kadet berlari dengan bersungguh-
sungguh dan bersemangat. Larian ini dipenuhi dengan lagu, tawa, dan sokongan dalam kumpulan.
Larian pada kedua-dua hari ini berjalan dengan lancer.

Pada 27 oktober pula, program ini diteruskan dengan merentas desa. Walaupun pada
mulanya cuaca mendung tetapi aktiviti diteruskan juga. Aktiviti merentas desa pada 27 bulan
Oktober diiringi oleh jurulatih battalion. Berbeza dengan merentas desa yang lepas, merentas
desa pada hari ini tenang dan tidak huru hara. Tiada masa yang akan diambil bertujuan untuk
membolehkan pegawai kadet yang berkaitan berlari mengikut kemampuan diri masing-masing.

Pada 28 oktober pula akan diadakan latihan renang dan pada 29 pula akan ada latihan TTS
(Tempur Tanpa Senjata)

DEBAT KEAMANAN: WAN AZIZUL HARUMKAN NAMA JEBAT


Pada 26HB Oktober 2010, Pertandingan Debat Keamanan inter-Fakulti telah diadakan. Pertandingan ini bertujuan untuk melatih pegawai kadet serta pelajar awam untuk bercakap di hadapan orang ramai, bijak membuka kes, serta bijak membidas pihak hujah lawan. Seramai 9 kumpulan telah berentap di meja pendebatan. Namun hanya tinggal 2 kumpulan sahaja yang berjaya masuk ke final. Antara yang berjaya masuk ke final ialah Pegawai Kadet Wan Azizul Faiz, Warga dari Batalion jebat sendiri! Tahniah juga kepada Wan Azizul dan pembantunya Pegawai Kadet Ikhwan kerana berjaya untuk meraih JOHAN di dalam Pertandingan Debat Keamanan. Ini telah menunjukkan, warga Batalion Jebat juga mampu untuk berdebat dengan sesiapa jua!

BERSATU BERJUANG!



HAKKA JEBAT MENGGERUNKAN


Sempena Convofest UPNM 2010, Batalion Jebat telah melakukan persembahan Hakka dihadapan semua tetamu kehormat. Hasil dari persembahan yang mantap itu, Batalion Jebat telah mendapat sambutan dan pujian ramai. Pada akhbar Metro pada hari ahad bertarikh 10 Oktober 2010, Dengan tajuk KADET UPNM TANGKAS, terpampang gambar Pegawai Kadet dari Batalion Jebat sedang melakukan Persembahan Hakka. Ini menunjukkan bahawa Hakka Batalion Jebat sentiasa ganas dan menggerunkan! Tahinah kepada Pasukan Hakka Batalion jebat!

JEBAT DERHAKA

Battle of The Band : The Panzerlied JUARA !


Pertandingan Battle of The Band telah berlangsung pada Konvofest UPNM '10 yang lalu. Pertandingan disertai oleh 8 buah band anak muda di mana 6 band adalah penuntut UPNM sendiri dan 2 lagi dari penyertaan band luar. Pertandingan ini dijuarai oleh band yang telah dinamakan The Panzerlied. Idea bagi menggunakan nama The Panzerlied muncul apabila disedari bahawa kesemua ahli band berasal dari Batalion Jebat. Lalu, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan nama lagu rasmi Batalion Jebat sebagai nama kumpulan mereka.

Band The Panzerlied dianggotai oleh 4 orang pegawai kadet tahun 2 Batalion Jebat iaitu PKDT Zulkipli sebagai vokal utama dan pemain gitar, PKDT Amin sebagai pemain gitar utama, PKDT Jazrin sebagai pemain bass dan PKDT Fazree sebagai pemain drum. Persembahan mantap mereka dalam memainkan lagu nyanyian kumpulan terkemuka Bunkface iaitu Situasi dan Revolusi telah menghasilkan kejuaraan dan secara tak langsung mengharumkan nama Batalion Jebat sendiri. Ini juga dapat membuktikan bahawa pegawai kadet dari Batalion Jebat adalah para pegawai kadet yang versatile.

Convofest UPNM 2010



Sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Pertama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPNM sebagai Jawatankuasa Pelaksana akan menganjurkan pesta konvokesyen bermula pada 8 hingga 10 Oktober 2010. Sehubungan itu, satu majlis pelancaran Logo Pesta Konvokesyen yang diberi nama Convofest UPNM 2010 telah diadakan pada 2 Oktober 2010.

Pelancaran logo tersebut telah disempurnakan oleh Prof.Dr Raduan Hj Che Rose, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPNM disaksikan oleh, pegawai-pegawai kanan dan staf universiti serta para mahasiswa UPNM. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Prof Wan Mahzom Ahmad Shah, Timbalan Naib Canselor HEPA, Dato’ Jasbir @Jesbil Singh, Penolong Naib Canselor Bahagian Komunikasi & Korporat, Prof. Dr. Mokhtar bin Abdullah, Penolong Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan, dan Brig.Jen. Dato’ Amir Hashim , Komandan Akademi Latihan Ketenteraan UPNM.

Bersempena dengan majlis pelancaran tersebut juga, dua program iaitu Pertandingan Jogathon Terbuka UPNM dan juga Pertandingan Futsal Terbuka UPNM telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan ini merupakan simbolik bahawa Convofest UPNM 2010 telah pun bermula.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sempena dengan Convofest ini termasuklah persembahan TTS teramai, Persembahan Hakka dari Batalion Jebat sendiri, Battle of the Band, Konvoi Motor Superbike bersama CO, dan sebagainya.



Majlis Konvokesyen Pertama UPNM


Tanggal 10 Oktober 2010 bersamaan 2 Zulkaedah 1431H tercipta sejarah kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sejak penubuhannya pada tahun 2006. Majlis Konvokesyen Pertama UPNM telah diadakan di Dewan Tun Templer, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Majlis konvokesyen ini berlangsung dengan penuh keunikan tersendiri kerana menyatukan kedua-dua istiadat ketenteraan dan awam. Sebagai sebuah Universiti Awam yang berteraskan kepada falsafah, visi dan misi ke arah melahirkan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai ‘intellectual leaders of character’, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera telah dimasyhurkan sebagai Canselor UPNM di Majlis Konvokesyen ini. Kemudian diikuti dengan Perisytiharan Perlantikan dua Pro Canselor UPNM oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu Yang Teramat Mulia Brig. Jen. Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Sultan Hj Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Seri Panglima Besar Kedah, dan Jeneral Tan Sri Dato’ Mohamed Ghazali Bin Dato’ Mohamed Seth (Bersara). Dalam Majlis Konvokesyen Pertama ini juga, UPNM telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengajian Strategik) kepada Jeneral Tun Ibrahim Bin Ismail (Bersara) dan Ijazah Kehormat Sarjana (Pengajian Peperangan: Operasi Melawan Insurgensi) kepada Pegawai Waran 1 Temenggong Kanang a/l Langkau (Bersara). Seramai 150 graduan sulung UPNM telah menerima Ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen ini. Daripada jumlah itu, 148 orang adalah penerima Ijazah Sarjana Muda dengan seramai 144 pegawai kadet dan 4 pelajar awam. Manakala 2 pelajar adalah penerima Ijazah Sarjana Sains yang berdasarkan kepada penyelidikan dalam bidang masing-masing. Pada masa sama, julung kalinya UPNM menganugerahkan empat graduan penerima Pingat Emas mengikut kategori. Penerima Pingat Emas Canselor adalah Mohd Khalis Bin Zainudin, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan. Pingat Emas Naib Canselor dianugerahkan kepada Mohd Yusri bin Mohd Yunos, Pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer). Pingat Khas Senat dianugerahkan kepada Norkhairunisa Binti Kamarul Amran, pelajar Sarjana Muda Pengajian Strategi. Manakala Pingat Khas Sapura dianugerahkan kepada Nuraini binti Zulkifli, pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer). Turut hadir pada majlis konvokesyen pertama UPNM ini ialah DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Naib-Naib Canselor IPTA dan wakil-wakil daripada kedua-kedua stakeholders.




PERBARISAN OC

Pada 18 0700H Oktober 2010 Batalion Jebat telah mengadakan perbarisan bersama ketua
Batalion Jebat iaitu Mejar Mohd Amin bin Baharum, selaku ketua Batalion Jebat. Perbarisan seumpama
ini merupakan perbarisan rasmi yang wajib dilakukan sekali pada setiap bulan.

Seawal jam 0645 pagi semua anggota Batalion Jebat telah berkumpul di hadapan Wisma
Pegawai Kadet untuk menanti kedatangan ketua Batalion Jebat, Mejar Mohd Amin bin Baharom. Semua
anggota Batalion Jebat menyanyikan lagu “ Jebat Panzerlied ”, lagu rasmi Batalion Jebat dan membaca “
Jebat Prayers”, iaitu ikrar anggota Batalion Jebat dengan penuh bersemangat apabila Ketua Batalion
Jebar, Mejar Mohd Amin tiba pada pagi tersebut.

Pada perbarisan berkenaan, Ketua Batalion Jebat, Mejar Mohd Amin memeriksaan pakaian
setiap anggota Batalion Jebat untuk memastikan pakaian setiap pegawai kadet berada dalam keadaan
terbaik dan kemas. Prestasi pegawai kadet Batalion Jebat yang memuaskan memberikan tanggapan
yang baik kepada ketua Batalion Jebat dan dia amat berpuas hati dengan prestasi semua anggota
Batalion Jebat.

Semua pegawai kadet Batalion Jebat berasa bangga kerana Ketua Batalion Jebat berpuas hati
dengan prestasi mereka. Perbarisan tersebut berakhir pada jam 0800 pagi dengan bacaan doa daripada
anggota Batalion Jebat pengambilan 2008. Selesai perbarisan tersebut semua pegawai kadet Batalion
Jebat bergerak menuju ke blok Bestari untuk menghadiri kelas masing-masing.