Tuesday, July 13

Jebat Johan UKMHK !

Pada hari Jumaat yang lepas, Majlis Penutup Latihan Ketenteraan Perkhidmatan telah diadakan. Sempena dengan Majlis penutup LKP ini, Jebat telah menunjukkan sesuatu yang di luar jangkaan iaitu dengan menunjukkan persembahan Hakka atau Wardance. Selesai daripada itu, maka keputusan UKMHK bagi LKP semester 3 dibacakan dan Batalion Jebat telah meraih Johan Keseluruhan bagi UKMHK. Tahniah kepada semua warga Jebat terutamanya kepada Pasukan Log Relay, Pasukan Merempuh Halangan, dan Pasukan Kawad kaki Jebat. Juga kepada Para Pegawai dan Jurulatih-Jurulatih Jebat yang banyak memberikan kerjasama dan ilmu pengetahuan kepada semua warga Jebat. Tahniah sekali lagi!
- Hidup Jebat ! -

Pertandingan kawad Kaki Inter-Batalion

Pada 28 Jun 2010, Pertandingan Kawad Kaki bagi UKMHK telah diadakan dengan tujuan untuk melatih tahap kecergasan minda, fizikal, semangat kerjasama, keberanian, dan disiplin bagi Pegawai Kadet UPNM. Hasil daripada latihan-latihan intensif yang telah dilakukan oleh Pasukan Kawad Kaki Jebat ini, Batalion Jebat telah meraih tempat kedua dalam Petandingan ini. Tahniah kepada semua pembantu dan juga ahli Pasukan Kawad Kaki Jebat!