Saturday, March 31

31 MAC 2012 - SEHARI SEBELUM D-DAY


Suasana pagi yang dituruni hujan tidak mematahkan semangat Peg. Kdt. Batalion Jebat untuk melakukan latihan. Latihan insentif yang ilakukan adalah bersempena Pertandingan Log-Relay Inter-Batalion yang akan diadakan pada 1 APRIL 2012. Kelihatan peserta Batalion Jebat berkobar-kobar untuk menebus kembali kekecewaan pada edisi yang sebelum ini.Jumlah peserta pada sesi kali ini adalah seramai 32 orang Peg. Kdt. yang terpilih selepas ujian saringan diadakan.
STRATEGI DIDAHULUKAN, KEJAYAAN DIUTAMAKAN
GEGAR GEMPITA

Thursday, March 29

KATA-KATA HIKMAT






KETUA TRUP DALAM KENANGAN

Dari kiri : Kapten Shakir, Kapten Faimy dan Kapten Shahril

MAJLIS SERAH TUGAS SEBAGAI OC JEBAT

Pada 5 Mac 2012, telah berlangsung satu majlis serah tugas sebagai OC Batalion Jebat. Satu memorandum telah ditandatangani oleh mantan OC iaitu Mejar Johan Affendi dengan OC yang baru iaitu Mejar Ismahizan.
Pada majlis tersebut, penyerahan lanyard kuning diraja turut diadakan sebagai satu simbolik penyerahan tersebut. Mejar Johan telah ditukarkan ke Batalion PALAPES. Semoga amanat yang pernah beliau sampaikan kepada menjadi satu sandaran serta pegangan dalam mengharungi bahtera kehidupan di UPNM. Ketibaan Mejar Ismahizan disambut dengan tangan terbuka oleh kami, warga Batalion Jebat. Diharap segala pengalaman serta cetusan idea dari tuan dapat dicurahkan kepada anak didik warga Batalion Jebat sekalian.

Sesi menandatangani memorandum

Sesi penyerahan lanyard kuning diraja

GEGAR GEMPITA


OC REQUIREMENTS

1. PASTIKAN PEJABAT OC DALAM KEADAAN TERATUR DAN KEMAS.
a) Ic Duty bertanggungjawab untuk pastikan pejabat OC berada dalam keadaan bersih.
b) Sebarang kehilangan adalah tanggungjawab Ic Duty. Contoh : kehilangan duit RM0.10 atas meja OC. IC akan dipertanggungjawabkan.
c) Segala perkara yang tidak memuaskan hati berkenaan pejabat atau bilik beliau pada waktu tersebut, tanggungjawab Ic Duty hari berkenaan.
d) Tanggungjawab Ic Duty jaga pejabat.

2. KASUT YANG BERADA DI DALAM RAK KASUT (DALAM PEJABAT OC)
a) Kasut No.3 pastikan sentiasa kilat. Kalau tidak kilat, kilatkan.
b) Semua kasut pastikan berada dalam keadaan bersih, tiada rumput-rumput, tiada habuk dan batu-batu kecil di tapak kasut.
c) Utamakan kasut-kasut yang selalu digunakan. Contoh: kasut No.3, kasut golf, kasut sukan dan sebagainya.
d) Sekiranya kasut-kasut tidak memuaskan hati OC, Ic Duty akan dipertanggungjawabkan.

3. SHOULDER TITLE (BERADA DI BAHAGIAN TEPI AIRPULLET BERTULIS ASKAR MELAYU DIRAJA DALAM JAWI)
a) Pastikan shoulder title berada dalam keadaan kilat. Sentiasa berkilat sehingga bercahaya dan bersinar-sinar.
b) Sekiranya tidak kilat dan bercahaya, Ic Duty akan dipertanggungjawabkan.

4. KOMPUTER DALAM PEJABAT OC
a) Jangan sentuh komputer atau pc dalam pejabat OC semasa ketiadaan OC di pejabat.
b) Sekiranya komputer atau pc ON, biarkan ON. Sekiranya OFF, biarkan OFF. Jangan tutup, kemas atau sentuh.
c) Semua barang OC atas meja jangan sentuh dan ubah apa-apa. Seandainya meja berselerak, biarkan. Sekiranya kemas, biarkan.
d) Sebarang perubahan barang-barang, komputer atau pc akan dipertanggungjawabkan pada Ic Duty.

5. PARADE STATE
a) Parade state pastikan letak atas meja OC.
b) Ic Duty pastikan parade state pagi hari tersebut, berada atas meja OC sebelum OC masuk pejabat.



GEGAR GEMPITA

Thursday, March 15

LOGO KESATUAN WARDANCE UPNM- FINALISED



          Untuk perhatian semua, logo bagi Kesatuan Wardance telah diputuskan. Logo ini masih di dalam penilaian lagi. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.
LOGO WARDANCE TERBARU

Tuesday, March 13

KESATUAN WARDANCE UPNM



          Untuk makluman semua, sebuah kesatuan wardance akan ditubuhkan bagi memudahkan kita untuk mendapat akses langsung daripada Naib Cansellor. Untuk itu, sebuah proposal sedang diusahakan dan memerlukan kerjasama anda. Berikut merupakan beberapa sampel logo yang memerlukan penilaian positif daripada anda.

logo 1
logo 2

logo 3

logo 4

logo 5
      Kebijaksanaan anda amat diperlukan dan dihargai.


-BUNUH TETAP BUNUH-