Wednesday, March 23

Fakta Rubella

Baru-baru ini UPNM digemparkan dengan penularan jangkitan Rubella. Beberapa orang pegawai kadet telah disyaki mengalami jangkitan Rubella.Mereka telah dikuarantin dan diasingkan daripada pegawai kadet lain.

Apakah sebenarnaya Rubella ini?
Rubella atau lebih dikenali sebagai German Measles (ia tak sama dengan measles) merupakan jangkitan virus (togavirus). Ia merebak dengan cara titisan udara dari hidung dan tekak mereka yang mempunyai rubella ataupun, melalui darah kepada anak di dalam kandungan daripada ibu yang dijangkiti dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.



Bayi yang terkena Congenital Rubella Syndrome boleh mengalami masalah kecacatan mental, masalah jantung, pekak dan buta dan masalah organ yang lain seperti hati dan kura (spleen).



Untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang terkena rubella, tanda-tanda dan gejalanya adalah demam, kelenjar bengkak biasanya di leher atau berhampiran telinga dan ruam-ruam merah di badan. Kadangkala jankitan ini tidak disedari oleh pesakit atau ibu-bapa.



Oleh kerana ia merupakan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat menggunakan antibiotik. Kebiasaan untuk jangkitan virus, ia akan hilang selama seminggu sehingga 10 hari.

Di Malaysia Imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan dan kali kedua pada umur 11-12 tahun. Perlindungan adalah sepanjang hayat.

Untuk ibu-ibu yang ingin mengandung boleh menghindar penyakit ini daripada terkena bayi anda dan mengelakkan Congenital Rubella Syndrome. Walaubagaimanapun, wanita yang ingin mengandung dinasihatkan untuk tidak mengandung selepas 3 bulan menerima vaksin ini. Ini adalah kerana kesan vaksin ini terhadap kandungan masih lagi tidak diketahui.

No comments: