Sunday, April 18

Majlis Makan Malam 2009/2010

Pada 17 April 2010, bertempat di Kolam Renang UPNM, Batalion Jebat telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena menyambut kemasukan pegawai kadet pengambilan 2009 ke Batalion Jebat disamping meraikan majlis perpisahan dua orang jurulatih Batalion Jebat yang akan dipindahkan iaitu PW2 Mohamad bin Bahari dan SSJN Nazaruddin b. Ishak. Selain itu, majlis makan malam itu juga merupakan majlis kesyukuran untuk Mejar Mohd Amin bin Baharom, Ketua Batalion Jebat yang baru selamat menjalani pembedahan serta meraikan kemenangan Batalion Jebat dalam Pertandingan Bola Sepak Inter Batalion beberapa minggu yang lepas.

Sambil menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan persembahan karaoke dan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh pegawai kadet Batalion Jebat serta persembahan ‘wardance’ dari pengambilan 2009. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua-ketua Trup batalion, jurulatih-jurulatih batalion serta pegawai kadet latihan ketenteraan tahun akhir (LKTA) selain pegawai kadet Batalion Jebat yang lain. Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya.

Tuesday, April 13

Kenangan Pengampunan Dosa

Sekitar Perbarisan Pemakaian Lencana

Tarikh : 12 April 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dataran Wisma Kadet

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Selamat mengulangkaji dan menghadapi peperiksaan sem 2. Kami para jurulatih mendoakan agar kejayaan seiring dengan usaha anda. Bacalah: Tips Menghadapi Stress Peperiksaan.


1.Buatlah persiapan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti menghabiskan sukatan pelajaran, mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.

2.Anda mestilah mampu mengawal mental dan emosi kesan stress tersebut agar tidak menjejaskan fokus pembelajaran anda yang berkemungkinan boleh menyebabkan kesan negatif seperti..blank, lupa, gementar yang keterlaluan dan sebagainya. Jika perlu mintalah nasihat kawan-kawan, pensyarah, kaunselor dan sebagainya.

3.Sekiranya anda mengalami tahap stress yang teruk seperti menghadapi masalah sukar untuk tidur, tidak berselera untuk makan, fikiran tidak tenteram dan sebaginya akibat terlalu memikirkan masalah pembelajaran dan peperiksaan yang akan anda hadapi maka cepat-cepatlah mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang di nyatakan di atas.

4.Bagi memantapkan aspek kerohanian dan mentaliti anda dalam menghadapi peperiksaan maka ...ada baiknya anda membanyakkan DOA dan SEMBAHYANG anda memohonan ketenangan dan ketajaman pemikiran dalam menghadapi peperiksaan.

5.Sekiranya anda menghadapi stress yang teruk ketika menduduki peperiksaan, anda bolelah keluar sekejap (jika perlu) untuk mencuci muka, meminum air, dan sebagainya.

GOOD LUCK !!!

Thursday, April 8

Pertandingan Akhir Bola Sepak Inter Batalion

Pada tanggal 5 April 2010 yang lepas, pasukan bola sepak Batalion Jebat telah Berjaya memenangi perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Inter Batalion. Perlawanan akhir tersebut adalah di antara Pasukan Bola Sepak Batalion Jebat dan Batalion Tuah. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1. Pada babak awal perlawanan, Bn Tuah melakukan asakan hebat terhadap Bn Jebat. Namun begitu, Bn Jebat tidak mudah gentar dan telah membuka jaringan pada separuh masa pertama hasil daripada jaringan Peg Kdt Kumara Vello dengan “volley” yang cantik dari kawasan tepi kotak penalti.

Pada minit akhir separuh masa pertama, Bn Jebat telah menambah jaringan hasil daripada sepakan percuma yang diambil oleh Peg Kdt Arifuddin. Permulaan separuh masa kedua dimulakan oleh Bn Jebat. Pada minit akhir separuh masa kedua Bn Tuah telah berjaya menghasilkan jaringan tapi masih belum cukup untuk menghalang Bn Jebat untuk menjuarai kejohanan itu. Syabas sekali lagi diucapkan. Moga Bn Jebat akan terus mara dan menjuarai kesemua pertandingan antara batalion yang mendatang....

TAHNIAH!!!