Wednesday, March 31

Pertandingan Bola Sepak Antara Batalion

Pada 29Mac 2010 yang lalu, perlawanan antara Batalion Jebat dan Batalion Kasturi telahpun berlangsung di Padang Bola Sepak UPNM pada waktu sukan petang. Batalion Jebat telah memenangi perlawanan tersebut dengan 1 jaringan berbalas 0 oleh Kdt KP Muhammad Azwan. Kemenangan ini adalah amat bermakna kerana melayakkan Pasukan Bola Sepak Batalion Jebat ke Peringkat Akhir.

Pada hari berikutnya Pasukan Bola Sepak Batalion Jebat telah melawan Pasukan Bola Sepak dari Batalion Tuah. Walaupun banyak peluang untuk menjaringkan gol bagi pasukan Batalion Jebat, namun nasib tidak menyebelahi kita dalma perlawanan itu kerana perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa mata dari kedua-dua pihak.

Walaubagaimanapun, Pasukan Bola Sepak Batalion Jebat masih lagi berpeluang untuk menunjukkan kehebatan skil masing2 dalam perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Antara Batalion nanti.

Friday, March 26

Kedudukan Terkini Sukan Inter Batalion 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SUKAN ANTARA BN PKDT TAHUN 2010

Batalion

Sukan Yang Dipertandingkan

Jumlah

Ked

Squash

Takraw

Tenis

Futsal

Bola Baling

Bola Sepak



KD

MK

KD

MK

KD

MK

KD

MK

KD

MK

KD

MK



Tuah

4

6

2

10

1

12

2

10

4

6



44

2

JEBAT

2

10

5

4

3

8

4

6

1

12



40

3

Kasturi

5

4

4

6

5

4

1

12

5

4



30

4

Lekir

1

12

1

12

2

10

3

8

3

8



50

1

Lekiu

3

8

3

8

4

6

5

4

Bn dibubarkan



Palapes

6

3

6

3

6

3

6

3

2

10





Note: KD = Kedudukan Pemenang
MK=Markah

Warga Jebat sekalian, berusahalah untuk kemenangan batalion kebanggaan. Tukar kedudukan dari ketiga

kepada pertama. Kami para jurulatih yakin, Anda Mampu Mengubahnya !

Wednesday, March 24

Strategi Perang Tentera Islam

Selain dari faktor kekuatan aqidah dan ruhaniah yg merupakan tunjang asas dan utama dalam peperangan menegakkan Islam, Nabi, para sahabat dan juga para pahlawan Islam yg lain tidak melupakan ilmu dan strategi peperangan.

Kaedah peperangan ketika zaman Nabi, para sahabat dan pahlawan Islam sebelum kemunculan Turki Uthmaniyyah adalah berasaskan pertempuran secara 'mendada' atau 'hand-to-hand combat'.

Berbanding peperangan masa kini yg lebih kepada penterjemahan ilmu melalui peralatan moden yg canggih dan 'pertempuran jarak jauh', zaman dahulu menggunakan ilmu dan akal ketika di medan tempur.

Utk itu, di sini disenaraikan beberapa kaedah strategi peperangan yg menjadi kegemaran para sahabat (tidak semua) dan juga para pahlawan Islam yg lain.


Khalid al-Walid
Salah seorg sahabat Nabi yg digelar 'Saifullah al-Maslul'. Beliau mahir dalam pertempuran yg melibatkan tentera berkuda (kavalri). Pasukannya juga dilatih utk menjadik tentera berkuda berkelengkapan ringkas (light cavalry). Kelengkapan ringkas ini dapat dilihat apabila ia hanya menggunakan peralatan asas peperangan iaitu, kuda, perisai manusia, dan pedang.

Dgn tentera berkuda jenis inilah, Khalid berjaya menewaskan tentera Rome Byzantine dlm Peperangan Yarmuk. Kaedah 'serang-lari-serang' menyebabkan tentera Rome Byzantine yg mempunyai tentera berkuda berkelengkapan berat (heavy cavalry - perisai kuda, perisai manusia, baju besi, pedang) menghadapi masalah utk bertempur dgn tentera Islam pimpinan Khalid yg terkenal dgn kepantasannya (agility).

Sa'ad ibn Abi Waqqas
Dilantik menjadi panglima perang ketika Peperangan Qadisiyyah menentang Parsi Sassanid. Berbanding dengan kegemaran Khalid yg gemar menggunakan kuda dan kepantasan sebagai asas dlm strateginya, Sa'ad yg merupakan pemanah terbaik di kalangan para sahabat Nabi pula lebih gemar menggunakan tentera pejalan kaki (infantry) di samping tentera berkuda sebagai tentera sokongan.

Sesuai dgn kegemarannya, Sa'ad telah menerapkan kemahiran memanah di dalam tenteranya utk menewaskan tentera Parsi yg ketika itu menggunakan tentera bergajah.

Serangan panah yg banyak dari jarak jauh mampu membuatkan struktur serangan tentera bergajah Parsi kucar-kacir dan menyebabkan pasukan ini tewas dan maut. Dgn langkah yg bijak, ini dapat menjimatkan jumlah tentera pejalan kaki daripada bertempur secara berdepan dgn tentera Parsi.

Salahuddin Yusuf ibn Najmuddin Ayub (Salahuddin al-Ayubi)
Panglima perang berketurunan Kurdis ini gemar utk menguasai oasis ataupun takungan air si suatu tempat sebelum peperangan. Ketika ini, Salahuddin menghantar ramai perisik utk mengenalpasti tempat oasis dan juga bentuk muka bumi sesuatu tempat sebelum peperangan.

Utk itu, Salahuddin menjadikan kekuatan bahagian risikan adalah merupakan tunjuang utama dalam strategi peperangan dgn pihak musuh.

Dgn penyelarasan yg tepat, Salahuddin telah melumpuhkan sumber bekalan asas pihak musuh (logistic) bagi melemahkan moral dan kekuatan pihak musuh seterusnya dapat menewaskan tentera Salib dlm Peperangan Hittin

Thanks to http://badarsepintar.blogspot.com

Thursday, March 18

Pertandingan Bola Sepak antara Batalion 2010

Pertandingan BolaSepak antara Batalion 2010 telah pun bermula pada 15 Mac 2010 lalu. Pertandingan dimulakan dengan perlawanan antara Batalion Tuah dan Batalion PALAPES. Pertandingan sengit itu berakhir dengan kemenangan Batalion Tuah dengan mata 2-1.

Perlawanan kedua pula adalah antara Batalion Jebat dan Batalion Lekir. Separuh masa pertama dikejutkan dengan jaringan gol dari Batalion Lekir diikuti pula dengan dua jaringan gol dari Batalion Jebat oleh peg kdt Arifuddin dan seorang peg kdt dari pengmbilan 2009. Separuh masa kedua pula diserikan lagi dengan satu jaringan gol dari Batalion Jebat oleh peg kdt Syimir Sazali. Pertandingan berakhir dengan kemenangan di pihak Batalion Jebat dengan mata 3-1.

Tahniah diucapkan kepada Batalion Jebat di atas kemenangan tersebut. Diharapkan pasukan bola sepak Batalion Jebat dapat menunjukkan lagi aksi-aksi mantap di perlawanan-perlawanan akan datang.

Kemenangan Batalion Jebat dalam Pertandingan Bola Baling

Pada 09 Mac 2010 yang lalu telah diadakan Pertandingan Akhir Bola Baling Antara Batalion 2010. Perlawanan melibtakan antara Batalion Tuah dan Batalion Jebat bagi kategori lelaki dan Batalion Lekir dan Batalion PALAPES bagi kategori perempuan.

Bagi kategori lelaki, Batalion Jebat telah memenangi pertandingan ini dengan berjaya menyumbat 4 gol ke atas Batalion Tuah yang hanya mendapat 3 gol. Bagi kategori wanita pula telah dimenangi oleh Batalion PALAPES dengan kejayaan mereka memasukkan 3 gol ke atas Batalion Lekir yang hanya dapat memasukkan 1 gol sahaja sepanjang perlawanan.

Berdasarkan jumlah mata terkumpul Batalion Jebat iaitu 18 mata, keputusan mengumumkan kedudukan tertinggi bagi batalion ini sekaligus menjadikan Batalion Jebat sebagai Johan bagi Pertandingan Bola Baling antara Batalion 2010.

Syabas kepada para pemain! Diharapkan, Batalion Jebat dapat memenangi dalam banyak lagi pertandingan antara batalion dalam usaha menjadikan Batalion Jebat sebagai Batalion Perdana2010/2011 .

Kedatangan Pegawai Kadet 2009 Ke Batalion Jebat

Pengambilan 2009 telahpun diserap masuk dalam batalion masing-masing pada 5 Februari 2010 yang lalu. Sejumlah 58 orang pegawai kadet dari Batalion Lekiu diserap masuk ke dalam Batalion Jebat. Pembabitan mereka di dalam Batalion Jebat adalah pengalaman pertama mereka membuat segala aktiviti harian bersama pegawai kadet dari pengambilan lain.

Diharapkan pegawai kadet 2009 dapat menyesuaikan diri dengan gaya pentadbiran Batalion Jebat dan tetap teguh bersemangat dalam menjalani akitiviti-aktiviti sepanjang berada di dalam batalion ini. Pegawai kadet pengambilan 2009 telah diwajibkan untuk menghafal lagu-lagu Batalion Jebat dan Jebat's Prayer. Mereka dikehendaki menghayati lirik lagu dan Jebat's Prayer dengan tujuan untuk menyemat semangat batalion ke dalam jiwa mereka agar mereka mempunyai semangat juang untuk Batalion Jebat dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, contohnya semasa pertandingan sukan dan ketenteraan.

Semoga pegawai kadet pengambilan 2009 dapat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan bersemangat dan diharapkan mereka dapat bertahan sehingga ke akhirnya untuk berada di institusi akademik dan ketenteraan yang gah ini.