Monday, January 17

Perbarisan Terakhir

Pada 03 1700H Januari 2010 Batalion Jebat telah mengadakan perbarisan bersama mantan ketua
Batalion Jebat iaitu Mejar Mohd Amin bin Baharum. Perbarisan seumpama
ini merupakan perbarisan rasmi terakhir bersama mantan ketua Batalion Jebat,Mejar Mohd Amin bin Baharum.

Seawal jam 1645 petang semua anggota Batalion Jebat telah berkumpul di hadapan Wisma
Pegawai Kadet untuk menanti kedatangan mantan ketua Batalion Jebat, Mejar Mohd Amin bin Baharom.
Setibanya mantan Ketua Batalion
Jebat, Mejar Mohd Amin seperti biasa semua
anggota Batalion Jebat menyanyikan lagu “ Jebat Panzerlied ”, lagu rasmi Batalion Jebat dan membaca “
Jebat Prayers”, iaitu ikrar anggota Batalion Jebat dengan penuh bersemangat.

Pada perbarisan berkenaan, Ketua Batalion Jebat, Mejar Mohd Amin bersalaman dengan
setiap anggota Batalion Jebat.
Dalam perbarisan tersebut beliau sempat menyampaikan ucapan dan amant beliau kepada semua anggota Batalion Jebat. Beliau juga turut menyatakan pujian terhadap prestasi pegawai kadet Batalion Jebat yang memuaskan selama beliau memegang amanat sebagai Ketua Batalion Jebat.

Semua pegawai kadet Batalion Jebat berasa bangga kerana mantan Ketua Batalion Jebat berpuas hati
dengan prestasi mereka selama beliau memegang amanat Ketua Batalion Jebat.
Selepas ucapan daripada mantan Ketua Batalion Jebat pegawai kadet 2008 dan 2009 Batalion Jebat telah membuat persembahan 'war dance'.

Perbarisan tersebut berakhir pada jam 1800 petang dengan bacaan doa daripada
anggota Batalion Jebat pengambilan 2009. Selesai perbarisan tersebut sesi bergambar antara semua pegawai kadet Batalion
Jebat dengan mantan Ketua Batalion Jebat.


No comments: