Tuesday, May 22

TA'ALIM

               Dari Abu Musa r.a. berkata, " Saya bersama dua orang daripada kaum saya datang kepada Nabi s.a.w, salah seorang daripada kami mengatakan, ' Jadikanlah kami untk memegang jabatan pemerintahan, ya Rasulullah!' Dan yang seorang lagi juga mengatakan perkara yang sama. Baginda bersabda, ' Sesungguhnya kami tidak mengangkat orang yang memintanya dan tidak pula orang yang sangat mengharapkannya.' ".

                                                                                                                              ~ HR Shahih Bukhari~

               Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Orang yang tidak mengerjakan solat Asarnya, samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya. ".

                                                                                                                              ~HR Shahih Bukhari~

              Diberitakan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan Isyak. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua-dua solat itu (dilaksanakan berjemaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak.

              Sesungguhnya saya ingin menyuruh sesorang azan dan iqamat, kemudian menyuruh orang lain menjadi imam solat berjemaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil obor, lalu kubakar rumah orang yang tidak datang solat berjemaah."

                                                                                                                                     ~HR Shahih Bukhari~

Tuesday, May 15

15 Mei : ISRAEL MENJAJAH PALESTIN

Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri.

Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernah kah terdetik dihati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948?? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita.





Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah menyayat hati ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis.

Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 november 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.

Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. 


kronologi kemasukan Israel ke Palestine
Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila yahudi zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘ palsu ‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.

Inilah yang dikatakan yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud :-


Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” 
(QS. Al-Ma’idah: 82).

 Rejim yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800,000 rakyat palestin ke luar Negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan. Peristiwa dahulu seolah-olah di ulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas masjidil aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, kemana perginya umat islam kini? Ketika saat British, yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.



Ayuh, sahabat.. Isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat islam seluruh dunia. Sebagaimana termaksub dalam alquran yang bermaksud 

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat
(Al-hujurat:10)

Sehubungan dengan itu,

' Hunger Strikes ' @ Mongok  lapar adalah mungkin satu-satunya pilihan yg ada pada mereka disana...  
hukum "hunger strikes" di Palestine
Mereka yang berpendapat mogok lapar dibenarkan turut melampirkan kenyataan Saidina Abu Bakar rha ketika mana ia sangat tertekan menahan kerisauannya terhadap Rasulullah saw setelah mereka diserang oleh kuffar Quraisy sehingga Abu Bakar pengsan . Sejurus bangun sedar dari pengsannya , Abu Bakar rha berkata kepada ibunya yang menghidang makanan untuknya :-

فإن لله علي أن لا أذوق طعاما و لا أشرب شرابا أو آتي رسول الله صلى الله عليه وسلم
" Demi sesungguhnya kerana Allah Aku bertegas ke atas diriku bahawa
Aku tidak akan mengambil ( makan ) sebarang makanan dan tidak akan minum
sebarang minuman sehinggalah aku menemui Rasulullah s.a.w "
حياة صحابه [ شيخ محمد يوسف الكندهلوي [

' kempen tukar profile picture Facebook masing2 '
Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.
Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI. Solidariti Mahasiswa kita ada... apatah lagi solidariti Palestine yang melibatkan isu kemanusiaan..


(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel)
Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.
DP yg digunakan spanjang tempoh berkempen








' Bilal Thiab ' - diantara rakyat palestin yang mongok paling lama setakat ini - 78hari
Bilal Thiab - 78 Hari
Thaer Halahleh - 78 Hari
Hassan Safadi - 72 Hari
Omar Abu Shallal - 70 Hari
Mohammedd Al-Taj - 62 Hari
Mahmoud Sarsak - 56 hari
Faris Al-Natur - 49 hari
Jafar Ezz Al-Din - 55 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 34 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 29 Hari

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak  asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

Apa peranan kita..??

Sertai kempen ini, tukar profile picture kita, teruskan dan teruskan berdoa demi rakyat palestine, antara cara yg kita ada adalah perang melalui media... serangan saraf ummat Islam kpd rakyat Israel laknatullah perlu di pertingkatkan. Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH, tuan punya dunia untuk menentukan segalanya. Insyaallah, semoga kejayaan dan kegemilangan islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin..



- Sumber Rujukan -


https://www.facebook.com/ahmnaj   


~Gegar Gempita~

Monday, May 14

HISTORY OF PANZER

"If the tanks succeed, then victory follows.", Guderian, 1937.
         Panzer is a tank created by Nazi during World War 2. It's also known as German elite divisions of the German army.

"Whenever in future wars the battle is fought, panzer troops will play the decisive role…" 
Heinz Guderian, General der Panzertruppe, "Achtung! Panzer!"


Panzer Profiles

First Panzers 1917-1918
A7V Sturmpanzerwagen
A7V/U Sturmpanzerwagen
A7V/U2 & A7V/U3 Sturmpanzerwagen
K-Wagen / Grosskampfwagen
Leichte Kampfwagen I, II & III
Kraftprotze
Sturmpanzerwagen Oberschlesien
Sturmwagen
Beutepanzerwagen IV / V
Beutepanzerwagen Mark A

Early Projects and Prototypes 1926-1939
Leichte Traktor
Grosstraktor I,II & III
PzKpfw Neubaufahrzeug V & VI

Panzerkampfwagen I
(Light Tank)
PzKpfw I Ausf A,B,C,D & F
Flakpanzer I
Flammenwerfer auf PzKpfw I
Kleiner Panzer Befehlswagen I
Panzerjager I
Sturmpanzer I Bison
Other Conversions & Variants

Panzerkampfwagen II
(Light Tank)
PzKpfw II Ausf a,b,c,A,B,C,D/E,F,G,H,J,L & M
Panzerspahwagen II Ausf L Luchs
Other Conversions & Variants

Wespe
(Self-Propelled Light Field Howitzer)
Wespe
Munitionsschlepper Wespe

Panzerkampfwagen III
(Medium Tank)

Panzertales Profile
PzKpfw III Ausf A,B,C,D,E,F,G,H,J,L,M & N
Flammpanzer III
Panzerbeobachtungswagen III
Pionierpanzerwagen III
Bergepanzer III
Schlepper and Munitionspanzer III
Minenraumpanzer III
PzKpfw III Ausf N als Schienen-Kettenfahrzeug
Panzerbefehlswagen III Ausf D1, E, H, J & K
Tauchpanzer III
Other Conversions & Variants

Sturmgeschütz III / IV
(Assault Gun / Tank Destroyer)
Stug III Ausf A,B,C,D,F,F/8 & G
Stug IV
Sturminfanteriegeschütz 33
Sturmhaubitze 42
Munitionpanzer Sturmgeschütz III Ausf G
SU-76i & SG-122A
Sturmgeschütz III (Fl)
Other Conversions & Variants

Panzerkampfwagen 35(t)
(Light Tank)
PzKpfw 35(t)
Morser Zugmittel / Artillerie Schlepper 35(t)
Panzerjager 35(t)
Befehlswagen 35(t)
T.A.C.A.M Skoda R-2
Turan I, II & III
Zrynyi

Panzerkampfwagen 38(t)
(Light Tank)
PzKpfw 38(t) Ausf A,B,C,D,E,F,S & G
PzKpfw 38(t) with AP-1
PzKpfw 38(t) nA
Aufklärungspanzer 38(t)
PzKpfw 38(d)
Flakpanzer 38(t) Ausf L Gepard (Sd.Kfz.140)
Bison (Grille) Ausf H & K/M (Sd.Kfz.138/1)
Other Conversions & Variants

Jagdpanzer 38(t) Hetzer
(Tank Destroyer)
Jagdpanzer 38(t) Hetzer
Maresal
Flammpanzer 38(t) Hetzer
G-13
150mm s.IG.33/2 howitzer carrier
Bergepanzer III Hetzer
Jagdpanzer 38(t) Hetzer Starr
Flakpanzer 38(t) Hetzer
Vollkettenaufklarer 38(t) "Katzchen"
Jagdpanzer 38(d)
ST-I & ST-III/CVP
Other Conversions & Variants

Marder Series
(Tank Destroyer)
Marder I (Sd.Kfz.135)
Marder II (Sd.Kfz.131)
Marder II (Sd.Kfz.132)
Marder III Ausf H & M (Sd.Kfz.138)
Marder III / Panzerjager 38(t) (Sd.Kfz.139)

Panzerkampfwagen IV
(Medium Support / Medium Tank)
PzKpfw IV Ausf A,B,C,D,E,F,F2,G,H & J
Panzerbefehlswagen IV
Panzerbeobachtungswagen IV Ausf J
PzKpfw IV als Tauchpanzer
Bruckenleger IVb & IVc
Sturmsteg auf PzKpfw IV
Bergepanzer IV
Panzerfahre
Other Conversions & Variants

Jagdpanzer IV
(Tank Destroyer)
Jagdpanzer IV
Jagdpanzer IV/70(V)
Jagdpanzer IV/70(A)
Other Conversions & Variants

Hummel
(Self-Propelled Heavy Howitzer)
Hummel
Munitionstrager Hummel

Panzerjäger Nashorn
(Tank Destroyer)
Hornisse / Nashorn

Sturmpanzer IV Brummbär
(Assault Infantry Gun)
Sturmpanzer IV Brummbär
Befehlswagen Sturmpanzer IV
Other Conversions & Variants

Flakpanzer IV Möbelwagen
(Anti-Aircraft Tank)
Mobelwagen armed with 20mm Flavierling 43
Mobelwagen armed with 37mm Flak 43

Panzerkampfwagen V Panther
(Medium Heavy Tank)

Panzertales Profile
VK3002(DB)
PzKpfw V Panther Ausf D1 (Ausf A)
Panther Ausf D1 with PzKpfw IV Ausf H’s turret
Panther Ausf D, A, G & F
Panthers with Infrared Night-Vision Devices
Grille & Heuschrecke Waffentragers
Flakpanzer V Coelian
Ersatz (Substitute) M10
Panzerbeobachtungswagen Panther
Panzerbefehlswagen Panther
Panzer-Bergewagen Bergepanther
Other Conversions & Variants

Panzerkampfwagen T-34(r)
(Soviet T-34 in German Service)
Panzerkampfwagen T-34 747(r)
Flakpanzer T-34(r)
Munitionspanzer T-34(r)
Other Conversions & Variants

Panzerjäger V Jagdpanther
(Heavy Tank Destroyer)
Jagdpanther
Other Conversions & Variants

Panzerkampfwagen VI Tiger (P)
(Heavy Tank)
Tiger (P)
Bergepanzer Tiger(P)
Rammtiger / Raumpanzer Tiger(P)
Other Conversions & Variants

Panzerkampfwagen VI Tiger Ausf.E
(Heavy Tank)

Panzertales Profile
Tiger
Befehlswagen Tiger I Ausf. E
Bergepanzer Tiger
Other Conversions & Variants

Sturmmörser Tiger
(Heavy Assault Gun)
Sturmtiger

PzJäg Tiger (P) Ferdinand / Elephant
(Heavy Assault Gun / Tank Destroyer)
Ferdinand / Elephant
Bergepanzer Tiger(P)

Panzerkampfwagen VI Tiger II Ausf.B
(Heavy Tank)

Panzertales Profile
VK4502(P)
Tiger II Ausf B (Porsche Turret)
Tiger II Ausf B (Krupp Turret)
Befehlswagen Tiger II Ausf B
Klein Tiger
Other Conversions & Variants

Jagdpanzer VI Jagdtiger Ausf.B
(Heavy Tank Destroyer)
Jagdtiger
Other Conversions & Variants

Panzerkampfwagen VII Löwe
(Super Heavy Tank)
Löwe
Other Conversions & Variants

Panzerkampfwagen VIII Maus
(Super Heavy Tank)
Maus

Entwicklung Series
(Standard Series)
E-5, E-10, E-25, E-50, E-75 & E-100
Other Conversions & Variants

Grille Series
(Cricket Series)
Grille 10, 12, 15, 17, 21, 30 & 42

Panzerkampfwagen V Panther II
(Prototype Heavy Tank)
Panther II
Other Conversions & Variants

P 1000 / P 1500
("Land Cruisers")
P 1000
P 1500

Panzerkampfwagen IX / X
("Paper Panzers")
PzKpfw IX
PzKpfw X

Projects and Prototypes
Selbstfahrlafette 10.5cm
DW (Durchbruchwagen) I/II
VK3001(H) / VK3601(H)
VK6501(H)
VK3001(P) Leopard
Selbstfahrlafette 12.8cm
VK1602 Leopard
Heuschrecke 10
Sd.Kfz.165/1
Sturmpanzer Bär
PzKpfw IV mit hydrostatic antrieb
Flakpanzer IV Kugelblitz
Grille 17/21/30/42
Porsche Projects

Limited Production Models
Flammpanzer II Flamingo
Sturmpanzer II Bison
Flakpanzer IV Wirbelwind / Ostwind



Friday, April 27

Bersukan SUNNAH Rasulullah


Islam adalah agama yang syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal terutama kepada kita yang sedang berkecimpung dalam bidang ketenteraan.
Tanpa mengira usia dan kedudukan kita  wajar memanfaatkan masa terluang untuk bersukan lebih-lebih lagi waktu itu telah dikhususkan kepada kita di UPNM ini.  Jadi dengan bersukan ia dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya kita dapat melakukan amal ibadah dengan lebih sempurna serta kita dapat melaksanakan tugasan kerja harian dengan baik.
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya untuk menjaga kesihatan dan sentiasa kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit yang memudaratkan. 
Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Banyak hadis lagi menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang.
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Sunnah Dan Faedah Memanah,  Berkuda, Berenang



1. Memanah


Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.

Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Kebaikan Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.


2. Berkuda


Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya. (Riwayat Ahmad)
“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)
Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.
Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).

Kebaikan Berkuda dari Sudut Kesihatan
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota termasuklah tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

3. Berenang
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

4. Bergusti


Malah, ada riwayat menyatakan Rasulullah SAW pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy bernama Rukanah Bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya.
Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukanah akan memeluk Islam. Keputusannya, Rasulullah SAW dapat mengalahkan Rukanah dan memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu. Akhirnya, ahli sukan Quraisy itu memeluk Islam.


5. Berlari 
Dalam satu kisah lain, Rasulullah SAW pernah bertanding berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aisyah ketika bermusafir. Ada ketikanya Baginda menang dan ada ketikanya Rasulullah SAW kalah dalam perlumbaan itu.
Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.

PERINGATAN Untuk Kebaikan Bersama

Dalam keghairahan bersukan, janganlah mengabaikan perkara yang dilarang syariat seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan selain lalai menunaikan kewajipan solat. Hindari acara sukan yang membabitkan perjudian.
Selain itu perkara yang paling sukar bagi mereka terbabit dalam sukan adalah menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Islam mengajar kita supaya tenang, berjiwa besar, reda dan bersikap rasional tatkala menerima keputusan di akhir pertandingan.
Paling menyedihkan, ada segelintir peminat sukan yang bergaduh sesama sendiri kerana bersikap emosional serta mudah mengikut telunjuk hawa nafsu.
Sukan bukan sekadar menguji kekuatan dan kehebatan fizikal tetapi lebih jauh lagi ia membina hubungan ukhuwah serta silaturahim demi perpaduan ummah. Janganlah kita mudah dihasut oleh syaitan yang ingin melaga-lagakan umatnya supaya sentiasa bertelingkah dan bermusuhan.
.
Nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah SWT wajar dimanfaatkan secara betul menurut landasan syariat supaya kita menjadi mukmin atau mukminah bertakwa kepada Allah serta bersedia menabur khidmat dalam masyarakat.










Tuesday, April 3

TA'ALIM

Dengan nama Allah...


              Sesungguhnya tidak ada satu kuasapun di dunia yang lebih hebat melainkan kuasa Ilahi. Dialah Yang Menciptakan, Yang Menghidupkan dan Yang Menyembuhkan. Dia memuliakan manusia dengan ilmu agama sehinggakan diarah ke atas semua makhluk untuk sujud tunduk akan manusia. Dia juga boleh mencabut kemuliaan itu dan menggantikannya dengan seburuk-buruk kehinaan. Kerana Dialah Maha Kuasa.

                 Maha Kuasanya Dia, Dia mentadbir segala seisi dunia tanpa rehat, tanpa tidur. maha Pengasihnya Dia, Dia masih memberi rezeki yang melimpah ruah biarpun ke atas hambaNya yang tidak mentaati perintahnya. Dialah yang menganugerahkan kehadiran ibu dan bapa di sisi. Dialah yang menganugerahkan makanan yang lazat dan enak. Milik Dialah syurga dan neraka... kerana Dialah Maha Pencipta.
"Abdullah ibnu Amru ibnu al-Ass meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w, apabila menerangkan tentang api neraka, beliau bersabda: ' Penghuni neraka adalah mereka yang zalim, bongkak, bakhil dengan kekayaan (tidak bersedekah) Manakala penghuni syurga adalah mereka yang lemah dan teraniaya'." (HR Musnad Ahmad, Majma-'uz-Zawaid)

Saturday, March 31

31 MAC 2012 - SEHARI SEBELUM D-DAY


Suasana pagi yang dituruni hujan tidak mematahkan semangat Peg. Kdt. Batalion Jebat untuk melakukan latihan. Latihan insentif yang ilakukan adalah bersempena Pertandingan Log-Relay Inter-Batalion yang akan diadakan pada 1 APRIL 2012. Kelihatan peserta Batalion Jebat berkobar-kobar untuk menebus kembali kekecewaan pada edisi yang sebelum ini.Jumlah peserta pada sesi kali ini adalah seramai 32 orang Peg. Kdt. yang terpilih selepas ujian saringan diadakan.
STRATEGI DIDAHULUKAN, KEJAYAAN DIUTAMAKAN
GEGAR GEMPITA

Thursday, March 29

KATA-KATA HIKMAT






KETUA TRUP DALAM KENANGAN

Dari kiri : Kapten Shakir, Kapten Faimy dan Kapten Shahril

MAJLIS SERAH TUGAS SEBAGAI OC JEBAT

Pada 5 Mac 2012, telah berlangsung satu majlis serah tugas sebagai OC Batalion Jebat. Satu memorandum telah ditandatangani oleh mantan OC iaitu Mejar Johan Affendi dengan OC yang baru iaitu Mejar Ismahizan.
Pada majlis tersebut, penyerahan lanyard kuning diraja turut diadakan sebagai satu simbolik penyerahan tersebut. Mejar Johan telah ditukarkan ke Batalion PALAPES. Semoga amanat yang pernah beliau sampaikan kepada menjadi satu sandaran serta pegangan dalam mengharungi bahtera kehidupan di UPNM. Ketibaan Mejar Ismahizan disambut dengan tangan terbuka oleh kami, warga Batalion Jebat. Diharap segala pengalaman serta cetusan idea dari tuan dapat dicurahkan kepada anak didik warga Batalion Jebat sekalian.

Sesi menandatangani memorandum

Sesi penyerahan lanyard kuning diraja

GEGAR GEMPITA


OC REQUIREMENTS

1. PASTIKAN PEJABAT OC DALAM KEADAAN TERATUR DAN KEMAS.
a) Ic Duty bertanggungjawab untuk pastikan pejabat OC berada dalam keadaan bersih.
b) Sebarang kehilangan adalah tanggungjawab Ic Duty. Contoh : kehilangan duit RM0.10 atas meja OC. IC akan dipertanggungjawabkan.
c) Segala perkara yang tidak memuaskan hati berkenaan pejabat atau bilik beliau pada waktu tersebut, tanggungjawab Ic Duty hari berkenaan.
d) Tanggungjawab Ic Duty jaga pejabat.

2. KASUT YANG BERADA DI DALAM RAK KASUT (DALAM PEJABAT OC)
a) Kasut No.3 pastikan sentiasa kilat. Kalau tidak kilat, kilatkan.
b) Semua kasut pastikan berada dalam keadaan bersih, tiada rumput-rumput, tiada habuk dan batu-batu kecil di tapak kasut.
c) Utamakan kasut-kasut yang selalu digunakan. Contoh: kasut No.3, kasut golf, kasut sukan dan sebagainya.
d) Sekiranya kasut-kasut tidak memuaskan hati OC, Ic Duty akan dipertanggungjawabkan.

3. SHOULDER TITLE (BERADA DI BAHAGIAN TEPI AIRPULLET BERTULIS ASKAR MELAYU DIRAJA DALAM JAWI)
a) Pastikan shoulder title berada dalam keadaan kilat. Sentiasa berkilat sehingga bercahaya dan bersinar-sinar.
b) Sekiranya tidak kilat dan bercahaya, Ic Duty akan dipertanggungjawabkan.

4. KOMPUTER DALAM PEJABAT OC
a) Jangan sentuh komputer atau pc dalam pejabat OC semasa ketiadaan OC di pejabat.
b) Sekiranya komputer atau pc ON, biarkan ON. Sekiranya OFF, biarkan OFF. Jangan tutup, kemas atau sentuh.
c) Semua barang OC atas meja jangan sentuh dan ubah apa-apa. Seandainya meja berselerak, biarkan. Sekiranya kemas, biarkan.
d) Sebarang perubahan barang-barang, komputer atau pc akan dipertanggungjawabkan pada Ic Duty.

5. PARADE STATE
a) Parade state pastikan letak atas meja OC.
b) Ic Duty pastikan parade state pagi hari tersebut, berada atas meja OC sebelum OC masuk pejabat.



GEGAR GEMPITA

Thursday, March 15

LOGO KESATUAN WARDANCE UPNM- FINALISED



          Untuk perhatian semua, logo bagi Kesatuan Wardance telah diputuskan. Logo ini masih di dalam penilaian lagi. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.
LOGO WARDANCE TERBARU

Tuesday, March 13

KESATUAN WARDANCE UPNM



          Untuk makluman semua, sebuah kesatuan wardance akan ditubuhkan bagi memudahkan kita untuk mendapat akses langsung daripada Naib Cansellor. Untuk itu, sebuah proposal sedang diusahakan dan memerlukan kerjasama anda. Berikut merupakan beberapa sampel logo yang memerlukan penilaian positif daripada anda.

logo 1
logo 2

logo 3

logo 4

logo 5
      Kebijaksanaan anda amat diperlukan dan dihargai.


-BUNUH TETAP BUNUH-