Saturday, October 30

Latihan Intensif BMI

Sepanjang minggu ini iaitu daripada 25 hingga 29 Oktober 2010, Batalion jebat
telah mengadakan program latihan kecergasan BMI (Body Mass Index) yang khas untuk pegawai
kadet battalion jebat yang mempunyai BMI melebihi 23.0. Program ini direka khas untuk pegawai
kadet yang berkaitan supaya kesemua pegawai kadet battalion jebat dapat memenuhi salah satu
syarat untuk ditauliahkan.

Pada 25 dan 26 Oktober yang lepas, program ini telah dimulakan dengan larian 7.5km.
Sebelum memulakan larian, pegawai kadet telah membuat senaman PT dibawah pimpinan jurulatih
battalion jebat supaya keselamatan pegawai kadet terjaga. Selapas daripada semanan yang
dikatakan pemanasan badan, larian dimulakan. Larian ini mengambil masa 45 minit dan larian ini
tamat dengan sempurna. Sepanjang larian ini, kesemua pegawai kadet berlari dengan bersungguh-
sungguh dan bersemangat. Larian ini dipenuhi dengan lagu, tawa, dan sokongan dalam kumpulan.
Larian pada kedua-dua hari ini berjalan dengan lancer.

Pada 27 oktober pula, program ini diteruskan dengan merentas desa. Walaupun pada
mulanya cuaca mendung tetapi aktiviti diteruskan juga. Aktiviti merentas desa pada 27 bulan
Oktober diiringi oleh jurulatih battalion. Berbeza dengan merentas desa yang lepas, merentas
desa pada hari ini tenang dan tidak huru hara. Tiada masa yang akan diambil bertujuan untuk
membolehkan pegawai kadet yang berkaitan berlari mengikut kemampuan diri masing-masing.

Pada 28 oktober pula akan diadakan latihan renang dan pada 29 pula akan ada latihan TTS
(Tempur Tanpa Senjata)

No comments: