Saturday, October 30

Battle of The Band : The Panzerlied JUARA !


Pertandingan Battle of The Band telah berlangsung pada Konvofest UPNM '10 yang lalu. Pertandingan disertai oleh 8 buah band anak muda di mana 6 band adalah penuntut UPNM sendiri dan 2 lagi dari penyertaan band luar. Pertandingan ini dijuarai oleh band yang telah dinamakan The Panzerlied. Idea bagi menggunakan nama The Panzerlied muncul apabila disedari bahawa kesemua ahli band berasal dari Batalion Jebat. Lalu, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan nama lagu rasmi Batalion Jebat sebagai nama kumpulan mereka.

Band The Panzerlied dianggotai oleh 4 orang pegawai kadet tahun 2 Batalion Jebat iaitu PKDT Zulkipli sebagai vokal utama dan pemain gitar, PKDT Amin sebagai pemain gitar utama, PKDT Jazrin sebagai pemain bass dan PKDT Fazree sebagai pemain drum. Persembahan mantap mereka dalam memainkan lagu nyanyian kumpulan terkemuka Bunkface iaitu Situasi dan Revolusi telah menghasilkan kejuaraan dan secara tak langsung mengharumkan nama Batalion Jebat sendiri. Ini juga dapat membuktikan bahawa pegawai kadet dari Batalion Jebat adalah para pegawai kadet yang versatile.