Saturday, October 30

Convofest UPNM 2010



Sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Pertama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPNM sebagai Jawatankuasa Pelaksana akan menganjurkan pesta konvokesyen bermula pada 8 hingga 10 Oktober 2010. Sehubungan itu, satu majlis pelancaran Logo Pesta Konvokesyen yang diberi nama Convofest UPNM 2010 telah diadakan pada 2 Oktober 2010.

Pelancaran logo tersebut telah disempurnakan oleh Prof.Dr Raduan Hj Che Rose, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPNM disaksikan oleh, pegawai-pegawai kanan dan staf universiti serta para mahasiswa UPNM. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Prof Wan Mahzom Ahmad Shah, Timbalan Naib Canselor HEPA, Dato’ Jasbir @Jesbil Singh, Penolong Naib Canselor Bahagian Komunikasi & Korporat, Prof. Dr. Mokhtar bin Abdullah, Penolong Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan, dan Brig.Jen. Dato’ Amir Hashim , Komandan Akademi Latihan Ketenteraan UPNM.

Bersempena dengan majlis pelancaran tersebut juga, dua program iaitu Pertandingan Jogathon Terbuka UPNM dan juga Pertandingan Futsal Terbuka UPNM telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan ini merupakan simbolik bahawa Convofest UPNM 2010 telah pun bermula.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sempena dengan Convofest ini termasuklah persembahan TTS teramai, Persembahan Hakka dari Batalion Jebat sendiri, Battle of the Band, Konvoi Motor Superbike bersama CO, dan sebagainya.



No comments: