Wednesday, March 31

Pertandingan Bola Sepak Antara Batalion

Pada 29Mac 2010 yang lalu, perlawanan antara Batalion Jebat dan Batalion Kasturi telahpun berlangsung di Padang Bola Sepak UPNM pada waktu sukan petang. Batalion Jebat telah memenangi perlawanan tersebut dengan 1 jaringan berbalas 0 oleh Kdt KP Muhammad Azwan. Kemenangan ini adalah amat bermakna kerana melayakkan Pasukan Bola Sepak Batalion Jebat ke Peringkat Akhir.

Pada hari berikutnya Pasukan Bola Sepak Batalion Jebat telah melawan Pasukan Bola Sepak dari Batalion Tuah. Walaupun banyak peluang untuk menjaringkan gol bagi pasukan Batalion Jebat, namun nasib tidak menyebelahi kita dalma perlawanan itu kerana perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa mata dari kedua-dua pihak.

Walaubagaimanapun, Pasukan Bola Sepak Batalion Jebat masih lagi berpeluang untuk menunjukkan kehebatan skil masing2 dalam perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Antara Batalion nanti.

No comments: