Thursday, March 18

Kedatangan Pegawai Kadet 2009 Ke Batalion Jebat

Pengambilan 2009 telahpun diserap masuk dalam batalion masing-masing pada 5 Februari 2010 yang lalu. Sejumlah 58 orang pegawai kadet dari Batalion Lekiu diserap masuk ke dalam Batalion Jebat. Pembabitan mereka di dalam Batalion Jebat adalah pengalaman pertama mereka membuat segala aktiviti harian bersama pegawai kadet dari pengambilan lain.

Diharapkan pegawai kadet 2009 dapat menyesuaikan diri dengan gaya pentadbiran Batalion Jebat dan tetap teguh bersemangat dalam menjalani akitiviti-aktiviti sepanjang berada di dalam batalion ini. Pegawai kadet pengambilan 2009 telah diwajibkan untuk menghafal lagu-lagu Batalion Jebat dan Jebat's Prayer. Mereka dikehendaki menghayati lirik lagu dan Jebat's Prayer dengan tujuan untuk menyemat semangat batalion ke dalam jiwa mereka agar mereka mempunyai semangat juang untuk Batalion Jebat dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, contohnya semasa pertandingan sukan dan ketenteraan.

Semoga pegawai kadet pengambilan 2009 dapat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan bersemangat dan diharapkan mereka dapat bertahan sehingga ke akhirnya untuk berada di institusi akademik dan ketenteraan yang gah ini.

No comments: