Thursday, March 18

Kemenangan Batalion Jebat dalam Pertandingan Bola Baling

Pada 09 Mac 2010 yang lalu telah diadakan Pertandingan Akhir Bola Baling Antara Batalion 2010. Perlawanan melibtakan antara Batalion Tuah dan Batalion Jebat bagi kategori lelaki dan Batalion Lekir dan Batalion PALAPES bagi kategori perempuan.

Bagi kategori lelaki, Batalion Jebat telah memenangi pertandingan ini dengan berjaya menyumbat 4 gol ke atas Batalion Tuah yang hanya mendapat 3 gol. Bagi kategori wanita pula telah dimenangi oleh Batalion PALAPES dengan kejayaan mereka memasukkan 3 gol ke atas Batalion Lekir yang hanya dapat memasukkan 1 gol sahaja sepanjang perlawanan.

Berdasarkan jumlah mata terkumpul Batalion Jebat iaitu 18 mata, keputusan mengumumkan kedudukan tertinggi bagi batalion ini sekaligus menjadikan Batalion Jebat sebagai Johan bagi Pertandingan Bola Baling antara Batalion 2010.

Syabas kepada para pemain! Diharapkan, Batalion Jebat dapat memenangi dalam banyak lagi pertandingan antara batalion dalam usaha menjadikan Batalion Jebat sebagai Batalion Perdana2010/2011 .

No comments: