Wednesday, January 19

Jebat Menggegar Malaysia!!




War Dance Batalion Jebat kini semakin digeruni. Sekarang ini War Dance Batalion Jebat bukan sahaja digeruni oleh warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) malah telah tersebar ke seluruh Malaysia.
Pada 10 Januari 2011 yang lalu pasukan War Dance Batalion Jebat telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan war dance dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) secara langsung. Pasukan War Dance Batalion Jebat telah membuat persembahan dengan penuh bersemangat sehingga membuat pengarah rancangan tersebut tidak senang duduk dan memberi impak kepada penonton.
Keesokan harinya,sekali lagi pasukan War Dance Batalion Jebat meneruskan peperangan.Kali ini mereka membuat persembahan dalam rancangan Hello On 2 (HOT) juga secara langsung.Mereka membuktikan kehebatan mereka sekali lagi sehingga mendapat pujian daripada pengarah rancangan tersebut.
Semoga Batalion Jebat terus digeruni.

GEGAR GEMPITA!