Friday, August 20

Jamuan Moreh Anjuran Batalion Jebat



Pada 18 Ogos 2010 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1431 Hijrah, Batalion Jebat telah mengadakan moreh di peringkat UPNM. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Batalion Jebat iaitu Mej Amin bin Baharom sebagai jemputan utama.

Majlis tersebut dimulai dengan berbuka puasa bersama Mej Amin di Wisma Pegawai Kadet. Selesai berbuka, semua pegawai kadet Batalion Jebat bergerak ke Masjid Al-Jazari untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan seterusnya solat sunat Tarawikh secara berjemaah.

Majlis diteruskan dengan jamuan moreh di Wisma Pegawai Kadet. Semua pegawai kadet UPNM dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Menu moreh pada malam tersebut ialah bubur cha-cha yang telah dicadangkan sendiri oleh Mej Amin selaku Ketua Batalion Jebat.

Majlis tamat dengan keberangkatan pulang Mej Amin disusuli oleh perbarisan roll call pada 2215 H.

No comments: