Monday, August 30

5 SITUASI MEMBERI HORMAT

Hormat ketika duduk semasa didalam dewan. Selain itu,hormat seperti ini boleh dilakukan didalam kelas.

Hormat ketika duduk boleh dilakukan semasa berada di pondok skuad sebelum memulakan sesuatu pelajaran.




Ketika di dalam trak juga hormat secara duduk boleh dilakukan.


Hormat ketika duduk boleh dilakukan semasa berada didalam mess dan mengikuti etika mess yang telah ditetapkan.


Apabila anggota sedang berkawad hanya seorang yang perlu member hormat apabila berjumpa pegawai.


Wednesday, August 25

Wajah Baru Perkarangan Pejabat Batalion Jebat

Blok Perwira kini berwajah baru, bermula daripada aras bawah, yang merupakan pejabat pentadbiran Batalion Jebat, sehinggalah ke aras sebelas, iaitu kediaman pegawai kadet Batalion Jebat. Kerja-kerja pembaharuan dan penambahbaikan telah dilaksanakan sejak beberapa bulan yang lalu dan kini hasilnya sangat memuaskan.

Pejabat Batalion Jebat di aras bawah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Pejabat Ketua Batalion, Pejabat Ketua Terup, Pejabat Jurulatih serta Pejabat Pegawai Kadet Bertugas. Kawasan ini dihias dengan emblem moto kebanggan Batalion Jebat iaitu 'Gegar Gempita'. bahagian dinding luar pejabat juga tidak dibiarkan kosong, dilengkapi dengan logo-logo batalion dan setiap kompeni, Jebat Panzerlied, Jebat's Prayer dan maksud lambang Batalion Jebat.

Kawasan pintu masuk pejabat Batalion Jebat juga tidak dibiarkan kosong. Pokok-pokok bunga segar ditanam dan dihias indah bagi menceriakan lagi kawasan tersebut. Tidak hanya mementingkan kecantikan dan keceriaan semata-mata, kawasan pejabat Batalion Jebat juga akan sentiasa disapu dan jika perlu dimop supaya sentisa dalam keadaan kebersihan yang terbaik.


Friday, August 20

Unite and Fight

Mantan Naib Canselor UPNM Lt. Jen Dato' Pahlawan Zulikifli bin Haji Zainal Abidin telah mengilhamkan satu program usahasama antara ALK dan HEPA iaitu setiap batallion akan berkerjasama dengan setiap fakulti yang terdapat di dalam UPNM. Apabila diputuskan bahawa fakulti Kejuruteraan akan menjalinkan usahasama dengan Batalion Jebat , para perwira Batalion Jebat bersorak kegirangan kerana wujud satu lagi komuniti yang dapat membantu para perwira Batalion Jebat dalam bidang akademik sekaligus menjayakan sasaran Batalion Jebat untuk memastikan para perwira Jebat memperoleh 3.0 CGPA dan ke atas. Kini , Batalion Jebat dan Fakulti Kejuruteraan berganding bahu untuk memastikan setiap perwira Batalion Jebat berjaya sesuai dengan cogan kata 'Unite and Fight'.

Untuk maklumat lanjut mengenai fakulti Kejuruteraan , sila lawati link ini .

Jamuan Moreh Anjuran Batalion Jebat



Pada 18 Ogos 2010 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1431 Hijrah, Batalion Jebat telah mengadakan moreh di peringkat UPNM. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Batalion Jebat iaitu Mej Amin bin Baharom sebagai jemputan utama.

Majlis tersebut dimulai dengan berbuka puasa bersama Mej Amin di Wisma Pegawai Kadet. Selesai berbuka, semua pegawai kadet Batalion Jebat bergerak ke Masjid Al-Jazari untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan seterusnya solat sunat Tarawikh secara berjemaah.

Majlis diteruskan dengan jamuan moreh di Wisma Pegawai Kadet. Semua pegawai kadet UPNM dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Menu moreh pada malam tersebut ialah bubur cha-cha yang telah dicadangkan sendiri oleh Mej Amin selaku Ketua Batalion Jebat.

Majlis tamat dengan keberangkatan pulang Mej Amin disusuli oleh perbarisan roll call pada 2215 H.

Friday, August 13

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



KAMI DARI WARGA BATALION JEBAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN MULIA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. KHAS BUAT KESEMUA WARGA UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA. SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA. SEMOGA KITA MENDAPAT KEBERKATAN DI BULAN YANG MULIA INI.

-GEGAR GEMPITA-

STANDARD LAYOUT BARU

Perhatian kepada kesemua Warga Batalion Jebat. Standard Layout Stand By Bed dan juga Room Inspection telah pun dikemaskinikan. Standard Layout Wardrobe, Katil, dan Kasut telah pun disediakan:-

a) Standard Layout Wardrobe, Pakaian, Barang-Barang G 10, dan Kit Bag UPNM.

b) Standard Layout Katil, Cadar, dan Kasut.

c) Tin Hitam hendaklah diletakkan di setiap Kasut Spike dan juga Kasut Drill Boot.

ARAHAN-ARAHAN STANDARD PEMERIKSAAN BILIK:-

a) Senarai nama ahli bilik ditampal di hadapan pintu.
b) Lantai di luar dan di dalam dalam keadaan yang bersih.
c) Nama di almari dan di katil ditampal dengan kemas.
d) Segala suis elektrik ditutup.
e) Segala barangan kemas dan berharga disusun dengan kemas di laci meja belajar dan dikunci.
f) Barang boleh diletakkan di dalam Side Table, dengan syarat dalam sentiasa keadaan kemas.
g) Tingkap dibuka sejengkal dari bingkai tingkap.
h) Meja belajar hendaklah dikosongkan dan dalam keadaan kemas.
i) Buku hendaklah disusun di rak buku mengikut ketinggian.
j) Kasut di dalam locker disusun mengikut jenis dan sentiasa di dalam keadaan kemas, bersih, dan teratur.
k) Cadar sentiasa dalam keadaan bersih dan tegang.
l) Pakaian basah boleh digantung di ampaian tetapi dalam keadaan kemas dan menggunakan penyangkut baju, termasuk tuala.
m) Baldi disusun dengan kemas di bilik ampaian.
n) Lantai tandas dan singki dalam keadaan bersih dan kering.
o) Cermin dan mangkuk tandas sentiasa dalam keadaan bersih.
p) Segala alatan pembersih seperti mop, penyapu, dan penyodok hendaklah disusun di belakang pintu ampaian.

Upacara Pemakaian Balak Jebat


Pada 28 Julai yang lepas, telah berlangsung satu Upacara yang berprestij dan bersejarah kepada kesemua warga Pegawai Kadet Batalion Jebat. Iaitu, Upacara Pemakaian Balak bagi kesemua warga Pegawai Kadet Batalion Jebat mengikut Tahun Pengambilan masing-masing. Upacara ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Kapten Muzaiham selaku Wakil Pegawai Jurulatih Batalion Jebat. Upacara ini juga merupakan Tradisi turun-menurun Batalion Jebat di mana Pengambilan 2006 memakai appoulette 4 balak (Super-Seniour), Pengambilan 2007 memakai 3 balak (Seniour), Pengambilan memakai 2 balak (Intermiddiate), dan manakala bagi Pengambilan 2009 memakai 1 balak (Sophomores).