Sunday, April 18

Majlis Makan Malam 2009/2010

Pada 17 April 2010, bertempat di Kolam Renang UPNM, Batalion Jebat telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena menyambut kemasukan pegawai kadet pengambilan 2009 ke Batalion Jebat disamping meraikan majlis perpisahan dua orang jurulatih Batalion Jebat yang akan dipindahkan iaitu PW2 Mohamad bin Bahari dan SSJN Nazaruddin b. Ishak. Selain itu, majlis makan malam itu juga merupakan majlis kesyukuran untuk Mejar Mohd Amin bin Baharom, Ketua Batalion Jebat yang baru selamat menjalani pembedahan serta meraikan kemenangan Batalion Jebat dalam Pertandingan Bola Sepak Inter Batalion beberapa minggu yang lepas.

Sambil menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan persembahan karaoke dan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh pegawai kadet Batalion Jebat serta persembahan ‘wardance’ dari pengambilan 2009. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua-ketua Trup batalion, jurulatih-jurulatih batalion serta pegawai kadet latihan ketenteraan tahun akhir (LKTA) selain pegawai kadet Batalion Jebat yang lain. Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya.

No comments: