~ HR Shahih Bukhari~
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Orang yang tidak mengerjakan solat Asarnya, samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya. ".
~HR Shahih Bukhari~
Diberitakan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan Isyak. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua-dua solat itu (dilaksanakan berjemaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak.
Sesungguhnya saya ingin menyuruh sesorang azan dan iqamat, kemudian menyuruh orang lain menjadi imam solat berjemaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil obor, lalu kubakar rumah orang yang tidak datang solat berjemaah."
~HR Shahih Bukhari~
No comments:
Post a Comment