Tuesday, April 3

TA'ALIM

Dengan nama Allah...


              Sesungguhnya tidak ada satu kuasapun di dunia yang lebih hebat melainkan kuasa Ilahi. Dialah Yang Menciptakan, Yang Menghidupkan dan Yang Menyembuhkan. Dia memuliakan manusia dengan ilmu agama sehinggakan diarah ke atas semua makhluk untuk sujud tunduk akan manusia. Dia juga boleh mencabut kemuliaan itu dan menggantikannya dengan seburuk-buruk kehinaan. Kerana Dialah Maha Kuasa.

                 Maha Kuasanya Dia, Dia mentadbir segala seisi dunia tanpa rehat, tanpa tidur. maha Pengasihnya Dia, Dia masih memberi rezeki yang melimpah ruah biarpun ke atas hambaNya yang tidak mentaati perintahnya. Dialah yang menganugerahkan kehadiran ibu dan bapa di sisi. Dialah yang menganugerahkan makanan yang lazat dan enak. Milik Dialah syurga dan neraka... kerana Dialah Maha Pencipta.
"Abdullah ibnu Amru ibnu al-Ass meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w, apabila menerangkan tentang api neraka, beliau bersabda: ' Penghuni neraka adalah mereka yang zalim, bongkak, bakhil dengan kekayaan (tidak bersedekah) Manakala penghuni syurga adalah mereka yang lemah dan teraniaya'." (HR Musnad Ahmad, Majma-'uz-Zawaid)

No comments: