Thursday, March 29

MAJLIS SERAH TUGAS SEBAGAI OC JEBAT

Pada 5 Mac 2012, telah berlangsung satu majlis serah tugas sebagai OC Batalion Jebat. Satu memorandum telah ditandatangani oleh mantan OC iaitu Mejar Johan Affendi dengan OC yang baru iaitu Mejar Ismahizan.
Pada majlis tersebut, penyerahan lanyard kuning diraja turut diadakan sebagai satu simbolik penyerahan tersebut. Mejar Johan telah ditukarkan ke Batalion PALAPES. Semoga amanat yang pernah beliau sampaikan kepada menjadi satu sandaran serta pegangan dalam mengharungi bahtera kehidupan di UPNM. Ketibaan Mejar Ismahizan disambut dengan tangan terbuka oleh kami, warga Batalion Jebat. Diharap segala pengalaman serta cetusan idea dari tuan dapat dicurahkan kepada anak didik warga Batalion Jebat sekalian.

Sesi menandatangani memorandum

Sesi penyerahan lanyard kuning diraja

GEGAR GEMPITA


No comments: