Tuesday, July 13

Jebat Johan UKMHK !

Pada hari Jumaat yang lepas, Majlis Penutup Latihan Ketenteraan Perkhidmatan telah diadakan. Sempena dengan Majlis penutup LKP ini, Jebat telah menunjukkan sesuatu yang di luar jangkaan iaitu dengan menunjukkan persembahan Hakka atau Wardance. Selesai daripada itu, maka keputusan UKMHK bagi LKP semester 3 dibacakan dan Batalion Jebat telah meraih Johan Keseluruhan bagi UKMHK. Tahniah kepada semua warga Jebat terutamanya kepada Pasukan Log Relay, Pasukan Merempuh Halangan, dan Pasukan Kawad kaki Jebat. Juga kepada Para Pegawai dan Jurulatih-Jurulatih Jebat yang banyak memberikan kerjasama dan ilmu pengetahuan kepada semua warga Jebat. Tahniah sekali lagi!
- Hidup Jebat ! -

No comments: