Monday, June 28

Mesyuarat Kebajikan Sesi Tahun 2010


Pada 26 Jun 2010 iaitu pada hari Sabtu, satu Mesyuarat Kebajikan telah diadakan secara rasminya di Dewan Pendekar bermula dari 0900H sehingga 1130H. Tujuan Mesyuarat kebajikan ini adalah untuk membincangkan hal-hal dan juga untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh Pegawai Kadet dan juga Jurulatih Jebat. Mesyuarat ini bermula dengan melihat kembali minit mesyuarat pada sesi tahun 2009 yang mempunyai sebanyak 20 usul. Setelah melihat kembali, hampir sepenuhnya cadangan-cadangan ini telahpun dilaksanakan. Seterusnya ialah dengan pencadangan serta penyokongan bagi minit mesyuarat sesi tahun 2010. Bagi minit mesyuarat tahun 2010, sebanyak 10 cadangan telah diusulkan oleh wakil dari Pegawai Kadet Jebat. Setelah berbincang, ahli senat Batalion Jebat yang terdiri daripada OC Batalion, Ketua Trup, Jurulatih, dan juga Kadet Ketua Kompeni bagi setiap Kompeni telah banyak menyelesaikan segala masalah yang timbul dari usul yang telah dikeluarkan itu. Selepas lama berbincang, maka Mesyuarat Kebajikan Batalion Jebat bagi sesi tahun 2010 telah ditangguhkan dengan rasminya oleh OC Batalion Jebat, Mej Amin Bin Baharom.

Friday, June 25

Pertandingan Log Relay inter - Batalion


Pertandingan Log Relay inter-Batalion telah berlangsung pada 25Hb Jun 2010 iaitu pada hari Jumaat. Batalion Jebat telah mendapat kedudukan yang kedua dalam Pertandingan ini. Walaupun mendapat kedudukan yang kedua, Namun semangat untuk berjuang demi menjaga nama baik Batalion tidak pernah pudar dari hati Pegawai-Pegawai Kadet serta Jurulatih-Jurulatih Jebat.
Selaku OC Batalion Jebat, Mej Amin bin Baharom telah mengarahkan kesemua Warga Jebat untuk tinggal sebentar di dalam kem walaupun pada hari Sabtu dan Ahad diberi Overnight. Latihan Intensif ini bertujuan bersiap sedia untuk menghadapi Pertandingan Merempuh Halangan dan Pertandingan Kawad Senjata yang akan diadakan tidak lama lagi. Sejurus dapat memantapkan lagi keyakinan, skil, kecergasan, dan minda Pasukan Elit Jebat ini.

Monday, June 21

Sunday, June 20

Latihan Berpusat Bersambung

'Bukan Senang nak Senang, Bukan Susah nak Susah'
Itulah ungkapan yang selalu digunakan oleh Anggota-anggota Tentera yang telah berjaya.
Walaupun hari Ahad adalah hari untuk berehat, namun kerana jiwa dan semangat Pegawai-Pegawai Kadet Jebat yang kental mereka sanggup berlatih pada hari tersebut.
Latihan bermula selepas baris pagi pada 0730H. Bagi Pasukan Kawad Senjata Jebat, Latihan intensif diadakan di hadapan Wisma Pegawai Kadet.
Bagi Pasukan Merempuh Halangan Jebat, Latihan yang dilakukan ialah dengan berlari di kawasan UPNM sebanyak 3 pusingan.
Manakala bagi Pasukan Log Relay Jebat pula, Latihan yang dilakukan ialah berlari sekitar UPNM, bukit MTD, dan berendam di dalam Kolam UPNM selama 30 minit. Tujuan berendam ini ialah untuk merehatkan otot-otot yang tegang selepas berlatih dengan keras.

Saturday, June 19

Latihan Berpusat

Pertandingan Log Relay Inter-Batalion UPNM akan pada 25 Jun 2010 iaitu pada hari Jumaat. Jadi kerana ingin mengekalkan status sebagai Juara Log Relay, Mej Amin selaku OC Batalion jebat telah mengarahkan untuk membuat latihan berpusat 3 penjuru. Bukan sahaja untuk Pasukan Log Relay tetapi juga untuk Pasukan Kawad Senjata dan Pasukan Merempuh Halangan yang juga akan diadakan tidak lama lagi.

Latihan Berpusat Log Relay diambil-alih oleh:-
a) Mej Amin
b) Kapt Muzaiham
c) Sjn Hassan TUDM

Bagi Latihan Berpusat Kawad Senjata telah diambil-alih oleh:-
a) Mej Amin
b) Sjn Hasnol
c) SSjn Nazri
d) Kdt TPM Amin
Latihan Berpusat Merempuh Halangan Pula telah diambil-alih oleh:-
a) Mej Amin
b) Sjn Mohd




Biarpun Penat Lelah, Namun Jebat Pantang Kalah!
Bunuh Tetap Bunuh !!

Stand By Bed

Stand By Bed adalah satu Drill untuk melatih Pegawai-Pegawai Kadet Jebat berdisiplin, cekap, bersih, dan sentiasa berketerampilan. Walaupun Batalion-Batalion lain tidak selalu membuat drill ini tetapi kerana ingin menjaga kebersihan dan maruah kesucian Batalion Jebat, Mej Amin selaku OC Batalion Jebat telah mengarahkan perintah dengan memastikan semua bilik Pegawai Kadet Jebat dalam keadaan Layout.

Benda yang perlu dititikberatkan oleh Pegawai Kadet Jebat:-

a) Bilik sentiasa dalam keadaan bersih dan Layout.

b) Tandas dan mangkuk tandas sentiasa kering.

c) Stor hendaklah dikosongkan.

d) Laci-laci juga hendaklah dikosongkan.

e) Pakaian-pakaian hendaklah mengikut standard Layout yang telah disediakan.

p/s:- Bagi mana-mana Pegawai Kadet Jebat yang gagal mematuhi arahan ini akan dicas dan dikenakan hukuman Extra Drill selama seminggu.



Latihan Ketenteraan Perkhidmatan (LKP)


Latihan Ketenteraan Perkhidmatan atau LKP adalah satu latihan untuk melatih Pegawai-Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia menjadi seorang Pegawai Tentera yang profesional, berkebolehan, berkeyakinan tinggi, cergas, dan mutlak. Latihan ini juga dikenali sebagai Semester Ketenteraan di mana ianya telah dikreditkan iaitu sebanyak 1 kredit. Hanya Pegawai-Pegawai Kadet Darat Dan Udara sahaja yang dilatih manakala bagi Pegawai-Pegawai Kadet Laut, mereka akan mengikuti latihan lanjut di Kapal DiRaja Sultan Idris (KDSI).