Friday, February 5

Pembubaran Lekiu dan Pengaktifan Sel Zulu

Setelah selesai majlis penghantaran pulang pegawai muda, telah diadakan perbarisan bg membubarkan Batalion Lekiu dan Pengaktifan Sel Zulu. Batalion Lekiu yang dianggotai oleh Peg Kdt pengambilan 2009 telah diserap ke batalion masing-masing. Batalion Jebat telah menerima sejumlah 58 orang anggota daripada Batalion Lekiu.

Dalam masa yang sama seramai 70 orang anggota daripada Batalion Jebat telah diserapkan ke Sel Zulu. Sel Zulu dianggotai oleh Peg Kdt tahun akhir yang akan ditauliahkan. Anggota-anggota sel ini akan menjalani latihan ketenteraan mengikut perkhidmatan masing-masing sebelum di satukan dalam 'Final Training' sejurus sebelum tamat latihan.

Dengan pembubaran Batalion Lekiu dan Pengaktifan Sel Zulu, maka pemegang pangkat sesi 2009/2010 dibekukan sementara menanti pelantikan yang baru. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti batalion tetap berjalan seperti biasa dan arahan daripada Ketua Batalion dan Ketua Trup akan disampaikan oleh pemangku-pemangku pemegang pangkat.

Kepada anggota yang baru masuk, selamat datang ke Batalion Jebat, dan selamat maju jaya kepada yang akan diserapkan ke Sel Zulu.