Thursday, March 29

OC REQUIREMENTS

1. PASTIKAN PEJABAT OC DALAM KEADAAN TERATUR DAN KEMAS.
a) Ic Duty bertanggungjawab untuk pastikan pejabat OC berada dalam keadaan bersih.
b) Sebarang kehilangan adalah tanggungjawab Ic Duty. Contoh : kehilangan duit RM0.10 atas meja OC. IC akan dipertanggungjawabkan.
c) Segala perkara yang tidak memuaskan hati berkenaan pejabat atau bilik beliau pada waktu tersebut, tanggungjawab Ic Duty hari berkenaan.
d) Tanggungjawab Ic Duty jaga pejabat.

2. KASUT YANG BERADA DI DALAM RAK KASUT (DALAM PEJABAT OC)
a) Kasut No.3 pastikan sentiasa kilat. Kalau tidak kilat, kilatkan.
b) Semua kasut pastikan berada dalam keadaan bersih, tiada rumput-rumput, tiada habuk dan batu-batu kecil di tapak kasut.
c) Utamakan kasut-kasut yang selalu digunakan. Contoh: kasut No.3, kasut golf, kasut sukan dan sebagainya.
d) Sekiranya kasut-kasut tidak memuaskan hati OC, Ic Duty akan dipertanggungjawabkan.

3. SHOULDER TITLE (BERADA DI BAHAGIAN TEPI AIRPULLET BERTULIS ASKAR MELAYU DIRAJA DALAM JAWI)
a) Pastikan shoulder title berada dalam keadaan kilat. Sentiasa berkilat sehingga bercahaya dan bersinar-sinar.
b) Sekiranya tidak kilat dan bercahaya, Ic Duty akan dipertanggungjawabkan.

4. KOMPUTER DALAM PEJABAT OC
a) Jangan sentuh komputer atau pc dalam pejabat OC semasa ketiadaan OC di pejabat.
b) Sekiranya komputer atau pc ON, biarkan ON. Sekiranya OFF, biarkan OFF. Jangan tutup, kemas atau sentuh.
c) Semua barang OC atas meja jangan sentuh dan ubah apa-apa. Seandainya meja berselerak, biarkan. Sekiranya kemas, biarkan.
d) Sebarang perubahan barang-barang, komputer atau pc akan dipertanggungjawabkan pada Ic Duty.

5. PARADE STATE
a) Parade state pastikan letak atas meja OC.
b) Ic Duty pastikan parade state pagi hari tersebut, berada atas meja OC sebelum OC masuk pejabat.



GEGAR GEMPITA

No comments: