Monday, June 28

Mesyuarat Kebajikan Sesi Tahun 2010


Pada 26 Jun 2010 iaitu pada hari Sabtu, satu Mesyuarat Kebajikan telah diadakan secara rasminya di Dewan Pendekar bermula dari 0900H sehingga 1130H. Tujuan Mesyuarat kebajikan ini adalah untuk membincangkan hal-hal dan juga untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh Pegawai Kadet dan juga Jurulatih Jebat. Mesyuarat ini bermula dengan melihat kembali minit mesyuarat pada sesi tahun 2009 yang mempunyai sebanyak 20 usul. Setelah melihat kembali, hampir sepenuhnya cadangan-cadangan ini telahpun dilaksanakan. Seterusnya ialah dengan pencadangan serta penyokongan bagi minit mesyuarat sesi tahun 2010. Bagi minit mesyuarat tahun 2010, sebanyak 10 cadangan telah diusulkan oleh wakil dari Pegawai Kadet Jebat. Setelah berbincang, ahli senat Batalion Jebat yang terdiri daripada OC Batalion, Ketua Trup, Jurulatih, dan juga Kadet Ketua Kompeni bagi setiap Kompeni telah banyak menyelesaikan segala masalah yang timbul dari usul yang telah dikeluarkan itu. Selepas lama berbincang, maka Mesyuarat Kebajikan Batalion Jebat bagi sesi tahun 2010 telah ditangguhkan dengan rasminya oleh OC Batalion Jebat, Mej Amin Bin Baharom.

Friday, June 25

Pertandingan Log Relay inter - Batalion


Pertandingan Log Relay inter-Batalion telah berlangsung pada 25Hb Jun 2010 iaitu pada hari Jumaat. Batalion Jebat telah mendapat kedudukan yang kedua dalam Pertandingan ini. Walaupun mendapat kedudukan yang kedua, Namun semangat untuk berjuang demi menjaga nama baik Batalion tidak pernah pudar dari hati Pegawai-Pegawai Kadet serta Jurulatih-Jurulatih Jebat.
Selaku OC Batalion Jebat, Mej Amin bin Baharom telah mengarahkan kesemua Warga Jebat untuk tinggal sebentar di dalam kem walaupun pada hari Sabtu dan Ahad diberi Overnight. Latihan Intensif ini bertujuan bersiap sedia untuk menghadapi Pertandingan Merempuh Halangan dan Pertandingan Kawad Senjata yang akan diadakan tidak lama lagi. Sejurus dapat memantapkan lagi keyakinan, skil, kecergasan, dan minda Pasukan Elit Jebat ini.

Monday, June 21