Pertandingan BolaSepak antara Batalion 2010 telah pun bermula pada 15 Mac 2010 lalu. Pertandingan dimulakan dengan perlawanan antara Batalion Tuah dan Batalion PALAPES. Pertandingan sengit itu berakhir dengan kemenangan Batalion Tuah dengan mata 2-1.
Perlawanan kedua pula adalah antara Batalion Jebat dan Batalion Lekir. Separuh masa pertama dikejutkan dengan jaringan gol dari Batalion Lekir diikuti pula dengan dua jaringan gol dari Batalion Jebat oleh peg kdt Arifuddin dan seorang peg kdt dari pengmbilan 2009. Separuh masa kedua pula diserikan lagi dengan satu jaringan gol dari Batalion Jebat oleh peg kdt Syimir Sazali. Pertandingan berakhir dengan kemenangan di pihak Batalion Jebat dengan mata 3-1.
Tahniah diucapkan kepada Batalion Jebat di atas kemenangan tersebut. Diharapkan pasukan bola sepak Batalion Jebat dapat menunjukkan lagi aksi-aksi mantap di perlawanan-perlawanan akan datang.
Thursday, March 18
Kemenangan Batalion Jebat dalam Pertandingan Bola Baling
Pada 09 Mac 2010 yang lalu telah diadakan Pertandingan Akhir Bola Baling Antara Batalion 2010. Perlawanan melibtakan antara Batalion Tuah dan Batalion Jebat bagi kategori lelaki dan Batalion Lekir dan Batalion PALAPES bagi kategori perempuan.
Bagi kategori lelaki, Batalion Jebat telah memenangi pertandingan ini dengan berjaya menyumbat 4 gol ke atas Batalion Tuah yang hanya mendapat 3 gol. Bagi kategori wanita pula telah dimenangi oleh Batalion PALAPES dengan kejayaan mereka memasukkan 3 gol ke atas Batalion Lekir yang hanya dapat memasukkan 1 gol sahaja sepanjang perlawanan.
Berdasarkan jumlah mata terkumpul Batalion Jebat iaitu 18 mata, keputusan mengumumkan kedudukan tertinggi bagi batalion ini sekaligus menjadikan Batalion Jebat sebagai Johan bagi Pertandingan Bola Baling antara Batalion 2010.
Syabas kepada para pemain! Diharapkan, Batalion Jebat dapat memenangi dalam banyak lagi pertandingan antara batalion dalam usaha menjadikan Batalion Jebat sebagai Batalion Perdana2010/2011 .

Kedatangan Pegawai Kadet 2009 Ke Batalion Jebat
Pengambilan 2009 telahpun diserap masuk dalam batalion masing-masing pada 5 Februari 2010 yang lalu. Sejumlah 58 orang pegawai kadet dari Batalion Lekiu diserap masuk ke dalam Batalion Jebat. Pembabitan mereka di dalam Batalion Jebat adalah pengalaman pertama mereka membuat segala aktiviti harian bersama pegawai kadet dari pengambilan lain.
Diharapkan pegawai kadet 2009 dapat menyesuaikan diri dengan gaya pentadbiran Batalion Jebat dan tetap teguh bersemangat dalam menjalani akitiviti-aktiviti sepanjang berada di dalam batalion ini. Pegawai kadet pengambilan 2009 telah diwajibkan untuk menghafal lagu-lagu Batalion Jebat dan Jebat's Prayer. Mereka dikehendaki menghayati lirik lagu dan Jebat's Prayer dengan tujuan untuk menyemat semangat batalion ke dalam jiwa mereka agar mereka mempunyai semangat juang untuk Batalion Jebat dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, contohnya semasa pertandingan sukan dan ketenteraan.
Semoga pegawai kadet pengambilan 2009 dapat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan bersemangat dan diharapkan mereka dapat bertahan sehingga ke akhirnya untuk berada di institusi akademik dan ketenteraan yang gah ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)