Wednesday, January 27

Battalion Jebat Group

It is pleased to be informed that Battalion Jebat had been established a yahoo group. This group is established for the present and former members of Battalion Jebat. It main purpose is to keep the members of the battalion in touch with each other. It is also a platform to announce current issue such as passing out, wedding, promotion, and etc.Please click on the link below to join batalionjebat@yahoogroup. Please include your Military no., rank, name and class to ease the moderator upon approving your application. tqThank you very much for your cooperation .


Click to join batalionjebat
Click to join batalionjebat

Monday, January 11

Latihan Renang di Bukit Jalil (10 Jan 2010)



Inilah atlit2 renang Batalion Jebat yang sanggup menggadaikan waktu outing semata-mata untuk menjalani latihan di Pusat Akuatik Bukit Jalil kerana keadaan kolam UPNM yang tidak boleh digunakan. Go Jebat Go!!!

Majlis Makan Malam Tahunan Batalion Jebat 2010 (09 Jan 2010)

Sunday, January 10

Saturday, January 9

Latihan Baca Peta (09 Jan 2010)

SEJARAH PENUBUHAN BLOG BATALION JEBAT

Pada tanggal 25 Mei 2009, Blog Batalion Jebat mula dilancarkan hasil cetusan idea daripada Ketua Batalion Jebat, Mej Mohd Amin bin Baharom, yang pada ketika itu baru sahaja menerajui Batalion Jebat. Penubuhan blog ini pada dasarnya adalah bertujuan untuk memudahkan penyampaian maklumat-maklumat terkini. Di samping itu, penubuhannya juga dianggap sebagai bukti kesungguhan Mej Mohd Amin bin Baharom untuk melahirkan pegawai-pegawai tentera yang celik komputer disamping mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang IT(Information Technology). Blog ini juga dilihat sebagai salah satu perantara di antara Pegawai Kadet Batalion Jebat,Pemegang Pangkat Batalion Jebat, dan juga Markas Batalion Jebat.

Bermula dari tarikh itu,Blog Batalion Jebat yang pada awalnya diterajui oleh Kadet Ajutan Hasbul Azlie bin Zainol Abiddin dan Kadet RSM Luqman Hakim bin Sahar mula mengorak langkah untuk menakluki Dunia Siber. Proses penambahbaikan blog ini dari segi pengisian,keilmuan dan kebolehgunaannya bergerak dari semasa ke semasa. Dengan kehadiran seorang lagi editor, Pegawai Kadet Nur Hidayat bin Purdiono, blog ini melangkah dengan lebih pantas lagi. Hasil daripada idea-idea kreatif dan inovatif daripada Mej Mohd Amin bin Baharom, serta gabungan kepakaran editor blog ini, Logo Batalion Jebat dan Logo-logo kompeni Batalion Jebat mula disiarkan di blog ini. Logo-logo ini yang datang dari hasil kreativiti Mej Mohd Amin bin Baharom telah dilancarkan ketika Majlis Berbuka Puasa Batalion Jebat pada 25 September 2009. Blog ini mula menjadi tempat rujukan para pegawai kadet Batalion Jebat ini terbukti dengan penambahan pengikut blog ini yang bertambah dari masa ke masa.

Pada 12 Disember 2009, blog ini telah dikemaskinikan dengan ciri-ciri khas seperti 'tab' untuk maklumat-maklumat berkenaan batalion. Walau bagaimanapun, blog ini masih lagi dalam peringkat pembangunan sehinggalah pada 9 Januari 2010 ianya dilancarkan dengan rasminya oleh Ketua Batalion Jebat, Mej Mohd Amin bin Baharom. Pada ketika ini ternyata cita-cita beliau telah berjaya dalam usaha beliau untuk melahirkan pegawai tentera yang celik IT.